Ketika semua orang mengalami stres asyik kalah dengan ‘Claw Machine’ sehingga berhabis wang semata-mata kerana mahu mendapatkan satu anak patung, seorang kanak-kanak perempuan dengan selamba sahaja merangkul kesemua anak patung dalam mesin itu dengan cara uniknya tanpa menggunakan satu sen pun.

Dengan cara yang hampir meluruhkan jantung ibunya dan orang yang melihat keletah nakal anak ini.

Semasa berada di hadapan sebuah kedai, si kecil bersama abangnya berasa terpesona melihat timbunan pelbagai anak patung di dalam sebuah mesin cakar pengaut anak patung atau ‘claw machine’.

Sarah Bäckman/Facebook

Rakaman CCTV menunjukkan kanak-kanak perempuan ini dibiarkan tanpa pengawasan dengan ibunya berada di dalam kedai sedang membeli sesuatu.

Entah bagaimana, datang ideanya menemui cara unik untuk mendapatkan anak patung mainan dari dalam mesin itu.

Sarah Bäckman/Facebook

Dia mula naik ke dalam ‘claw machine’ melalui lubang slot hadiah.

Dan sepantas kilat tanpa ada orang menyedari, si kecil yang nakal ini sudah berada jauh ke dalam mesin itu bersama anak-anak patung idamannya.

Sarah Bäckman/Facebook

Abangnya yang memerhatikan kelakuan nakal si cilik ini terus bergegas memanggil ibu mereka dari dalam kedai.

Ibunya mula memanggil menyuruh si kecil keluar dan dia mula panik apabila anak perempuannya dengan selamba sahaja bermain dengan kesemua anak patung itu, sementara diri sendiri tidak tahu bagaimana cara untuk mengeluarkannya.

Sarah Bäckman/Facebook

Berkali-kali ibunya menyeru si kecil ini untuk merangkak keluar semula dari lubang kecil di mana dia bermula memasuki ke dalam mesin itu tadi.

Tetapi dia terus bersenang-lenang bermain dengan anak patung dalam mesin itu tanpa rasa takut.

Sarah Bäckman/Facebook

Kelihatan si nakal ini sangat gembira sementara semua orang terus berasa bimbang akan keselamatannya.

Sarah Bäckman/Facebook

Setelah berkali-kali menyuruhnya keluar dengan semua orang menjadi gempar memerhatikan gelagat nakalnya dari luar, akhirnya si kecil ini berjaya keluar sendiri dari ‘claw machine’ melalui lubang slot hadiah yang dimasukinya tadi.

Lantas ibunya terus merangkul dan mendukung si kecil yang nakal sambil memintanya supaya jangan melakukan perkara berbahaya itu lagi.

Sarah Bäckman/Facebook

Semua orang menjadi stres bukan sebab tidak mendapat anak patung ‘claw machine’ pada kali ini, tetapi menjadi stres memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan seorang kanak-kanak perempuan nakal yang terlebih kreatif.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP VIDEO

Video Popular