Presiden Mexico, Andres Manuel Lopez Obrador pada 8 November lalu mengatakan bahawa beliau tidak akan mengucapkan taniah kepada pemenang pilihan raya Presiden Amerika Syarikat (AS) sehingga kesemua tuntutan mahkamah telah selesai.

Keputusan Associated Press dalam mengumumkan kemenangan buat calon Demokrat, Joe Biden di Pennsylvania pada 7 November membuatkan beliau berjaya meraih lebih 270 undi elektoral.

Calon yang berjaya meraih undi elektoral itu sekali gus disahkan sebagai pemenang rasmi pilihan raya Presiden AS. Walaupun media telah mengumumkan calon yang memenangi pilihan raya atau diakui oleh salah seorang calon, ia sebenarnya satu proses yang memerlukan tempoh hingga dua bulan untuk diselesaikan, melibatkan negeri dan Kongres.

Mexico merupakan rakan dagang utama AS dengan lebih $600 bilion nilai perdagangan dua hala tahunan selain AS-Mexico adalah hubungan dua hala dan jiran yang paling penting buat Mexico.

“Berkenaan dengan pilihan raya AS, kita akan menunggu sehingga semua isu yang dibangkitkan secara undang-undang diselesaikan”, kata Lopez Obrador.

“Saya tidak boleh mengucapkan tahniah kepada salah seorang calon atau yang lain. Saya mahu menunggu hingga keseluruhan proses pilihan raya selesai”.

Calon Republikan, Donald Trump dan pasukannya sebelum ini telah menyatakan sejumlah tuntutan undang-undang yang mencabar keputusan pilihan raya.

Sementara keadaan ini mengingatkan Lopez dengan tuduhan penipuan dalam dua pilihan raya Presiden yang ditandinginya iaitu pada tahun 2006 dan 2012, sebelum beliau menang pada tahun 2018.

Dalam ucapannya, Lopez Obrador menyifatkan keputusan tersebut adalah sebagai ‘berhemah secara politik’.

Beliau menambah bahawa hubungan baiknya bersama Trump dan bekas Naib Presiden, Joe Biden telah pun berlangsung selama satu dekad.

“Presiden Trump sangat menghormati kami dan kami bersyukur beliau tidak campur tangan ketika itu”, akhiri Lopez.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL VIDEO

Video Popular