Ramai orang berpendapat bahawa kucing itu berjiwa bebas dan lebih suka menikmati hidup menyendiri walaupun ketika hanya berada di rumah.

Akan tetapi setelah melihat tingkah laku kucing ini, ramai juga pencinta kucing menjadi terkejut kerana menyedari kucing sebenarnya amat bergantung kepada belaian pemilik dan tidak suka mereka ditinggalkan sendirian.

Seorang pemilik kucing dari Sweden, Ida Myrin telah keluar pada suatu hari, dan dia tiba-tiba tertanya-tanya apa yang telah dilakukan oleh kucing kesayangannya, Isola yang berusia 3 tahun ketika dia tiada di rumah.

@imyrin/Twitter

Tiada apa yang berlaku. Ketika Ida pulang dan menonton semula rakaman dari kamera pengawasannya, dia amat terkejut dan berubah menjadi sedih melihat tingkah laku Isola.

@imyrin/Twitter

“Saya melihat Isola berjalan keluar dari dapur dengan tali di mulutnya, berkeliaran dan dia seperti bingung macam tercari-cari sambil mengiau dengan suara meraung sedih, seolah-olah bertanya ke mana saya telah pergi, mengapa hanya dia sahaja yang berada di dalam rumah itu,” tulis Ida.

@imyrin/Twitter

Setelah melihat rakaman video ini, Ida berasa sedih, simpati dan sesal. Walaupun hanya keluar sekejap dari rumahnya selama kurang satu jam, dia tidak menyangka Isola boleh jadi tidak keruan dengan rasa rindu, apatah lagi ditinggalkan secara sengaja buat seketika.

@imyrin/Twitter

Selepas muat naik video ini menjadi tular di media sosial, beberapa netizen mencadangkan Ida ditemani seekor lagi kucing lain supaya dia tidak berasa sunyi. 

@imyrin/Twitter

Ida membalas sebenarnya terdapat seekor lagi kucing peliharaan berusia 8 tahun di dalam rumahnya. Oleh kerana dia dibawa menemui doktor haiwan pada hari itu, Ida terpaksa meninggalkan Isola bersendirian buat seketika. 

Kemudian ketika pulang ke rumah, Ida melihat Isola tidak berkelakuan aneh. Hanya selepas menonton kembali rakaman video CCTV, Ida menyedari Isola berasa sangat sedih dan merinduinya ketika masa itu.

Kini nasib baik, Isola comel tidak lagi berasa panik menyendiri setelah melihat ibu dan saudaranya telah kembali menemani dengan kasih sayang.

Selepas insiden ini, Ida memutuskan untuk tidak lagi membiarkan Isola tinggal sendirian.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular