Keseronokan lapan kanak-kanak yang bermain di tali air bertukar tragedi apabila salah seorang daripadanya ditemui lemas.

Insiden berlaku di kawasan Sungai Betul Bawah, Tanjung Piandang yang terletak di Parit Buntar, Perak pada 11 November.

Mangsa yang berusia 12 tahun, Nur Farah Dania binti Abd Rahman disahkan meninggal dunia selepas dijumpai oleh penduduk kampung kira-kira jam 6:30 petang.

Harian Metro

Menurut Ketua Polis Daerah Kerian, Superintenden Mazuki Mat, kejadian itu hanya disedari oleh seorang lelaki yang kebetulan memancing di kawasan berdekatan.

Semasa kejadian, lelaki berkenaan dikatakan melihat dua orang kanak-kanak hampir lemas dan bertindak terjun ke dalam tali air untuk menyelamatkannya.

Sungguh pun begitu, hanya seorang daripadanya sahaja yang berjaya diselamatkan manakala seorang lagi gagal ditemui.

“Lelaki itu kemudiannya memanggil orang kampung datang untuk bantu mencari seorang lagi mangsa”, jelas Mazuki.

Harian Metro

Tambahnya, mangsa yang diselamatkan itu berada dalam keadaan tidak sedarkan diri dan telah dibawa ke Klinik Kesihatan Tanjung Piandang untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia.

Mayat mangsa kemudiannya telah dibawa ke Hospital Parit Buntar dan hasil bedah siasat mendapati bahawa punca kematian adalah disebabkan lemas.

Selain itu, pemeriksaan lanjut ke atas tubuh badan mangsa juga tidak menemui sebarang kecederaan yang lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular