Kanak-kanak sememangnya gemar meneroka, apatah lagi jika ianya merupakan sesuatu yang baru buat mereka dan ia sedikit sebanyak membuat mereka teruja.

Ada yang teruja melihat kereta api, bas dan sebagainya malahan ada juga segelintir kanak-kanak yang begitu teruja melihat lori sampah!

Baru-baru ini, tular di laman Twitter apabila pemilik akaun @dew_drop22 telah memuat naik satu rakaman video yang sangat menginspirasikan kita semua.

@dewdrop_22/Twitter

Seorang kanak-kanak dilihat lengkap berpakaian seperti pengutip sampah, menunggu di lori sampah mainannya di tepi jalan.

Sebaik sahaja dia ternampak lori sampah bergerak menghampirinya, budak tersebut dengan gembira melambai dan melompat kegirangan.

Beberapa saat selepas itu, seorang pekerja pembersihan kemudiannya turun daripada lori lalu mendekati budak lelaki terbabit.

@dew_drop22/Twitter

Budak itu lantas memberikan tiga kantung kain yang mungkin berisi makanan atau snek, ekoran budak itu menunjukkan perutnya. Mungkin meminta pekerja itu agar mengisi perutnya.

Menurut pakar, manusia sememangnya berkembang melalui aktiviti rutin. Oleh itu, jika terdapat sesuatu aktiviti yang kerap berlaku (kutipan sampah) ia kelihatan agak ‘ajaib’ buat kanak-kanak.

Dan perkara ini juuga mampu meningkatkan kebiasaan kanak-kanak dengan persekitaran, apatah lagi ia memberikan mereka idea terhadap sesuatu.

@dew_drop22/Twitter

Memandangkan mereka masih kecil, lori sampah yang berteknologi tinggi misalnya membuatkan mereka terfikir apakah agaknya ‘raksasa pemakan sampah’ ini.

Dunia ini ternyata memerlukan lebih ramai ibu seperti ibu kanak-kanak ini agar dunia ini menjadi tempat yang lebih baik untuk kita semua.

Hentikan prejudis terhadap kerja murni seorang pekerja pembersihan dan mereka juga selayaknya dihormati dan diberi penghargaan.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular