Sejauh mana anda tahu ejaan yang anda gunakan selama ini? Dan adakah anda benar-benar pasti ejaan yang anda gunakan itu adalah betul?

Baiklah, jika anda masih ragu-ragu, mungkin anda boleh tonton video pendek yang dikongsikan oleh pengguna Twitter, @zackkirana ini.

@zackkirana/Twitter

Video itu memaparkan dirinya mengesan beberapa kesalahan ejaan yang dikemukakan menerusi aplikasi sosial.

Pertama, wanita yang juga merupakan seorang tutor Bahasa Melayu itu mengesan kesalahan ejaan ‘losyen’ pada ayat yang dikemukakan dan dia kemudiannya membetulkan ejaannya menjadi ‘losen’.

@zackkirana/Twitter

Kemudian, pada ayat yang kedua, dia mengesan kesalahan ejaan kerinting. Ya pasti ramai di antara kita yang menggunakan ejaan ini.

Namun anda semua salah jika merasakan ianya adalah betul kerana ejaan sebetulnya adalah ‘keriting’ ya..

@zackkirana/Twitter

Seterusnya, wanita itu mengesan kesalahan ejaan ‘pensil’ di mana ejaan betul yang sepatutnya adalah pensel.

@zackkirana/Twitter

Dan bersempena perayaan Deepavali yang bakal menjelang tiba nanti, pastikan anda mengeja muruku dengan betul ya.

Ini kerana wanita itu mengesan kesalahan ejaan ‘maruku’ pada ayat seterusnya. Ianya salah dan ejaan sebetulnya adalah muruku.

@zackkirana/Twitter

Kemudian wanita terbabit menjelaskan ejaan ‘redha’ adalah salah. Ejaan sebetulnya adalah ‘reda’. “Bahasa itu kaya, kadang-kadang bunyinya berbeza”, jelasnya.

Tambahnya, ejaan reda mempunyai dua bunyi yang berbeza seperti yang anda boleh dengar pada video di bawah :

@zackkirana/Twitter

Akhir sekali, wanita itu mengesan kesalahan ejaan ‘mee’ yang mungkin kerap digunakan oleh kebanyakan daripada kita.

Ejaan sebenarnya adalah ‘mi’. Begitu juga dengan mihun, tiada istilah ‘beehoon’ atau ‘meehoon’.. ingat ya!

@zackkirana/Twitter

Diharapkan agar perkongsian berguna ini dapat dimanfaat oleh anda di luar sana. Mari sama-sama praktikkan ejaan yang sebetulnya.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular