Polis Selangor mengesahkan penahanan empat individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kejadian terbaru pencemaran Sungai Selangor.

Menurut laporan The Star, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Datuk Fadzil Ahmat memaklumkan tangkapan dilakukan di sekitar Gombak, Damansara dan Kelana Jaya bagi membantu siasatan kes pencemaran bau air mentah di Taman Volex di Rawang.

Info Roadblock JPJ/POLIS |Facebook

Polis telah membuka kertas siasatan mengenai kejadian itu dengan permohonan reman terhadap semua suspek berusia antara 33 hingga 43 tahun telah dihantar ke mahkamah Selayang untuk pendakwaan.

Siasatan awal mendapati salah seorang suspek wanita didaftarkan sebagai penama di sebuah premis di Rawang, lokasi pencemaran itu dikatakan berlaku.

“Dipercayai terdapat aktiviti pembuangan sisa kimia melalui lubang kumbahan di premis tersebut yang menyebabkan aliran keluar bahan ini ke kawasan tercemar,” kata Fadzil.

@BernamaTV/Twitter

Sementara itu, seorang lelaki tempatan dan pekerjanya seorang warganegara Bangladesh berusia 33 tahun yang turut ditahan, didapati telah menyimpan stok bahan kimia di premis sewaan berkenaan.

Media melaporkan pencemaran bau air mentah di Sungai Selangor dipercayai berpunca dari kawasan Industri Kecil dan Sederhana di Taman Volex, Rawang.

Air Selangor mengumumkan bahawa bekalan air akan dipulihkan secara berperingkat di kawasan yang terjejas mulai jam 3 petang pada 11 November.

@BernamaTV/Twitter

Dalam satu kenyataan, Air Selangor mengesahkan bahawa Loji Rawatan Air Fasa 1, 2, dan 3 dan Sungai Rantau Panjang telah beroperasi semula secara berperingkat pada jam 2.40 pagi.

Pengguna dijangka menerima bekalan air secara berperingkat bermula jam 3 petang, 11 November mengikut kedudukan kawasan dalam sistem agihan bekalan air, demikian Air Selangor memaklumkan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular