Kita semua pasti pernah mengalami situasi di mana gam gajah tertumpah pada jari, pakaian, permukaan lantai dan sebagainya. Pasti kita akan menjadi panik kerana untuk menghilangkan kesan gam gajah ini bukanlah mudah. Jika terlekat pada tangan anda, pasti setiap hari anda akan tertekan kerana tidak selesa.

Gambar Hiasan | Instagram

Jangan risau, kini sudah ada beberapa tips dan petua mudah untuk menghilangkan atau membersihkan kesan gam gajah ini. Jom lihat!

#1 Rendam di dalam air suam bersabun

Cara mudah yang pertama adalah dengan merendamkan kawasan yang terkena gam gajah ini dengan air sabun suam. Anda hanya perlu mengisi mangkuk dan besen kecil dengan air suam yang dicampurkan dengan sabun. Rendam selama lima hingga 10 minit atau sehingga kesan gam menjadi lembut. Setelah itu, gosok secara perlahan-lahan untuk membersihkannya.

#2 Garam

Pexel | cottonbro

Cara yang kedua adalah dengan mencuci kedua tapak tangan anda dengan air yang bersih. Kemudian, ambil garam mengikut kuantiti yang bersesuaian dan gosokkan pada permukaan yang terkena gam gajah.

#3 Mentega atau minyak

Pexel | Shiny Diamond

Penggunaan mentega dan minyak masak membantu dalam memisahkan jari yang terlekat akibat gam gajah. Mula-mula sekali anda perlu merendamkan tangan anda ke dalam air suam. Setelah itu, gosokkan kawasan yang terkena gam gajah dengan mentega atau minyak masak. Teruskan menggosok sehingga kesan gam hilang.

#4 Penghilang pewarna kuku

Pexel | La República

Kebanyakan penghilang pewarna kuku atau ‘nail polis remover’ mengandungi bahan pelarut kuat yang dikenali sebagai acetone. Bahan ini dikatakan dapat mencairkan kesan gam gajah yang melekat pada pakaian atau permukaan licin seperti plastik. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan menuangkan cecair penghilang pewarna kuku ini ke dalam mangkuk dan rendamkan selama satu minit.

#5 Vaseline

Instagram | mtc_systemcreate

Petroleum jelly atau Vaseline merupakan satu lagi petua berkesan untuk menanggalkan kesan gam gajah yang kuat. Caranya adalah dengan membasahkan tangan dengan air suam dan sedikit sabun. Selepas itu, sapukan sedikit vaseline pada bahagian yang terkena gam dan gosok secara perlahan-lahan sehingga kesan gam tertanggal.

#6 Penghilang kesan gam

MR.DIY

Anda boleh mendapatkan produk ini dengan mudah di beberapa kedai kraf seperti MR.DIY. Produk ini berfungsi untuk menghilangkan kesan gam yang melekat tanpa merosakkan permukaan.

#7 Jus lemon

Pexel | Jim Richter

Petua terakhir untuk menghilangkan kesan gam ini adalah dengan menggunakan perahan jus lemon. Asid pada lemon dikatakan mampu mengurangkan daya lekatan gam sekali gus membolehkan ianya ditanggalkan dengan mudah dengan hanya merendamkan tangan atau kawasan yang terkena gam di dalam jus lemon.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular