Bila bercakap mengenai tugas seorang pengurus, kita boleh menggelarkan mereka sebagai seorang yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas sekumpulan orang. 

Pengurus itu berperanan untuk mengawasi dan memimpin kerja sekolompok orang yang berada di bawahnya untuk mencapai sasaran atau matlamat syarikat.

Bermakna dia kena tahu banyak perkara yang berkaitan dengan tugasnya, sebagai contoh apabila menjadi seorang pengurus yang mengendalikan perniagaan minuman terkenal Tealive.

Tular baru-baru ini apabila seorang netizen @NaufalAntezem memuat naik gambar seorang pengurus Tealive cawangan Bukit Bakri di Muar yang didapati sangat baik hati dan bertanggungjawab menjalankan tugasnya dengan penuh dedikasi ketika melayan pelanggan yang bukan rakyat tempatan.

Didapati dua orang pelanggan bukan warganegara tempatan ini telah meminta bantuannya untuk menunjukkan cara menikmati minuman Tealive buat pertama kali, termasuk mereka tidak tahu cara mencucuk straw kertas yang disertakan bersama minuman itu.

Pengurus ini tanpa berlengah dan baik hati terus bersedia membantu pelanggannya dengan mencucukkan straw itu termasuk siap menggoncangkan isinya lagi untuk kedua pelanggan warga asing ini bagi membolehkan mereka menikmati minuman itu dengan penuh rasa gembira.

Apa yang lebih mengagumkan Naufal dengan sikap pengurus ini ialah dia tidak kisah dengan jawatannya sebagai pengurus di situ dan didapati turut bertugas mengambil pesanan pelanggan, membuat air minuman itu sendiri, membersihkan meja pelanggan dan membuka pintu untuk setiap pelanggannya dengan penuh rasa hormat dan tanggungjawab. 

Facebook

Yang membuatkan pengurus Tealive ini nampak lebih hebat serta menyentuh hati pelanggan ialah sikapnya itu yang merendah diri dengan melayan pelanggannya secara adil dan saksama tanpa mengira apa pun bangsa, agama atau kewarganegaraan mereka.

Dan apabila orang berniaga zaman dahulu berkata, ‘pelanggan itu raja’ maka inilah yang dimaksudkan mereka. 

Bisnes pun akan lancar dan terus maju ke hadapan sahaja jika terdapat ramai pengurus yang bersikap macam ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GAYA HIDUP INSPIRASI

Video Popular