Aktiviti bermain adalah sesuatu yang penting dalam kehidupan anjing peliharaan anda, di mana ia bermula semenjak anjing masih lagi kecil hingga akhirnya ke usia yang tua.

Mereka gemar bergurau, mengejar dan juga menerkam boleh dikatakan semua benda, sebagai satu cara untuk mereka meneroka pelbagai perkara.

Foto hiasan/Pixabay

Oleh yang demikian, meluangkan masa bermain dengan anjing peliharaan merupakan perkara paling menyeronokkan untuk individu bahkan kepada haiwan peliharaan itu sendiri.

Bulan lalu, tular satu video yang dimuat naik oleh akaun Facebook, Overtime yang menunjukkan seekor anjing dilihat bermain bola dengan seorang lelaki.

Overtime/Facebook

Menerusi video terbabit, kita dapat lihat sebaik sahaja lelaki itu menjaringkan bola, anjing berwarna hitam putih itu akan menolak bola yang telah dijaringkan itu kepada lelaki itu.

Pandai betul anjing itu, bukan? Sesudah menolak bola kepada individu yang bermain dengannya, anjing itu akan kembali semula ke posisinya – berhampiran tiang jaringan bola itu.

Ya, individu itu langsung tidak memerlukan individu lain untuk beriadah, hanya dengan anjing itu sahaja dia sudah boleh bersukan!

Overtime/Facebook

Begitu juga dengan anjing berkenaan. Nampaknya anjing itu bukan sahaja ‘membantu’ individu itu dengan menolak bola, malah sudah pasti anjing itu juga turut seronok bermain bola.

Gelagat anjing itu yang begitu comel ketika melompat bagi menolak bola itu sangat menghiburkan. Cuba anda tonton video penuhnya :

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa anjing sememangnya merupakan peneman manusia yang sejati. Apa yang menggembirakan tuannya, sudah pasti ia turut membawa kebahagian buat mereka juga.

Oleh itu, buat pemilik anjing di luar sana, layanilah anjing peliharaan anda sebaik mungkin ya?

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular