Sekali sekala, teringin juga tekak ini mahukan hidangan lauk panas seperti di kedai makanan Thailand bukan? Namun dalam tempoh PKPB ini, agak sukar juga untuk ditunaikan.

Menu ikan siakap ‘sweet sour’ semestinya sering menjadi pilihan kebanyakan keluarga di luar sana semasa makan di kedai. Tapi apa kata kali ini anda cuba memasaknya sendiri.

Nor Hairiyah Hassim/Facebook

Dikongsikan oleh pengguna Facebook, Nor Hairiyah Hassim, resipi ikan siakap sweet sour ini begitu mudah dan pantas!

Antara bahan yang diperlukan :

Nor Hairiyah Hassim/Facebook

  • Ikan siakap
  • 4 ulas bawang putih (dihiris)
  • 1 biji bawang besar (dihiris)
  • 6 biji cili (dihiris)
  • 5 sudu besar sos Thai
  • 5 sudu besar sos cili
  • Timun (dipotong dadu)
  • Tomato (dipotong dadu)
  • Nanas (dipotong dadu)
  • Daun ketumbar (untuk ditabur sebagai hiasan)

Cara penyediaan :

1. Lumurkan sedikit garam pada ikan siakap diikuti dengan tepung jagung sebelum digorengkan hingga garing. Toskan dan ketepikan dahulu.

Nor Hairiyah Hassim/Facebook

2. Untuk kuah, tumiskan bahan hirisan hingga naik bau lalu masukkan kedua-dua jenis sos.

3. Kemudian masukkan sahaja kesemua bahan lain (sayuran yang dipotong dadu) ke dalam kuali. Masak hingga sebati.

Nor Hairiyah Hassim/Facebook

4. Kuah tadi kemudiannya bolehlah dicurahkan di atas ikan yang telah siap digorengkan.

Nor Hairiyah Hassim/Facebook

Cukup mudah. Menu ini sangat sesuai jika disertakan sekali bersama telur dadar bersama sayuran dan juga sambal belacan. Sedapnya!

Apa yang penting, ia tidak memerlukan gula dan garam tambahan. Tunggu apa lagi, jom buat untuk menu makan malam hari ini..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular