Pada tahun ini, seorang lelaki bernama Jeff Permar mula mengusahakan tanaman di luar kawasan rumahnya yang terletak di Delaware, Amerika Syarikat.

Namun timbul kemusykilan di mana sebaik sahaja hasil tanamannya itu sudah hampir masak dan sedia untuk diambil, ianya hilang begitu sahaja.

Jadi siapa yang mencurinya? “Pada mulanya, saya sangat marah. Saya gemar berkebun, bercucuk tanam dan berjaya mengatasi banyak isu. Tapi kali ini lain”.

The Dodo/Facebook

Jeff sehingga terpaksa memasang kamera litar tertutup berhampiran kebunnya bagi membolehkan dia menangkap si pencuri yang mencuri hasil kebunnya.

Sungguh tidak disangka, daripada rasa marah dan geram, Jeff sebaliknya mula ‘jatuh cinta’ dengan si pencuri tanamannya.

The Dodo/Facebook

Rupa-rupanya, pencuri itu merupakan seekor ‘groundhog’. Menerusi rakaman, groundhog itu sangat menikmati hasil tanaman Jeff – leka mengunyah. Sangat comel!

“Kami tidak tahu apa yang patut kami jangkakan. Kami lihat video rakaman dan sangat menikmatinya. Ianya sangat luar biasa”.

The Dodo/Facebook

Jeff kemudian menamakan groundhog itu sebagai Chunk dan semenjak itu berharap agar Chunk akan kembali ke rumahnya.

Bukan itu sahaja, Jeff turut mula mencipta laman YouTube dan Instagram didedikasikan khas untuk Chunk menikmati hasil sayuran yang ditanamnya.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chunk The Groundhog (@chunk_the_groundhog) on

chunk_the_groundhog/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chunk The Groundhog (@chunk_the_groundhog) on

chunk_the_groundhog/Instagram

Tatkala ramai petani yang merasakan bahawa haiwan seperti Chunk adalah perosak yang merugikan hasil tanaman tetapi perkara yang sebaliknya buat Jeff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chunk The Groundhog (@chunk_the_groundhog) on

chunk_the_groundhog/Instagram

“Kita semua hidup bersama. Ini juga merupakan tanahnya. Saya cuma usahakan tanaman sahaja diatasnya”, akhiri Jeff.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Chunk The Groundhog (@chunk_the_groundhog) on

chunk_the_groundhog/Instagram

Baik benar hati Jeff, rela berkongsi hasil tanaman dengan haiwan. Semoga rezekinya berlipat kali ganda selepas ini.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular