Adakah rakyat Amerika Syarikat (AS) mahukan presiden yang ‘dimiliki’ oleh Parti Komunis China (PKC)? Joe Biden didakwa mempunyai kaitan dengan PKC dan mungkin seluruh keluarganya juga telah dikompromikan. Ini kerana PKC difahamkan mempunyai fail berkaitan dengan Biden sementara bukti jenayah oleh keluarga Biden nampaknya kian meningkat.

Kisah terungkap mengenai Joe Biden dan anaknya Hunter Biden menjadi lebih membimbangkan, setelah pihak New York Post berjaya mendapatkan salinan cakera keras daripada komputer Hunter Biden dan mula menerbitkan maklumat itu pada 14 Oktober lalu.

Berhubung dengan kisah itu, Breitbart mendedahkan maklumat baru yang diterima daripada bekas rakan perniagaan Hunter mengenai pertemuan White House dengan pegawai PKC.

E-mel mengenai maklumat itu memberikan perincian tentang Hunter Biden dan rakan perniagaannya menggunakan akses pentadbiran Obama-Biden untuk mengatur pertemuan peribadi dengan pelanggan dan pelabur asing di peringkat tertinggi White House, dilaporkan oleh Breitbart secara eksklusif.

ANGELA WEISS/AFP via Getty Images

Pertemuan peribadi itu berlangsung antara pegawai PKC dan Naib Presiden ketika itu, Joe Biden, diadakan secara rahsia. 

“Tidak dapat mengesahkan perkara ini dengan Hunter dalam talian tetapi kami menjumpainya bertemu di WH Monday bersama dengan orang-orang China”, kata Devon Archer, salah seorang rakan niaga Hunter dalam satu e-mel pada November 2011.

Menurut laporan Breitbart, rakan Hunter Biden juga ada membincangkan tentang perkembangan hubungan dengan ‘China Inc’ sebagai ‘sebahagian daripada desakan baru untuk diplomasi dengan orang China’. E-mel ini sama sekali tidak berkaitan dengan e-mel Hunter Biden yang dikeluarkan oleh New York Post. 

Bekas rakan perniagaan Hunter, Bevan Cooney yang juga merupakan antara barisan pengarah di Burisma dan kini dipenjara kerana skim pelaburan bon palsu pada tahun 2016, menurut dedahan kepada Breitbart melalui e-mel. Bevan Cooney mendedahkan bahawa seorang hubungan perniagaan Devon Archer telah menghantar e-mel kepadanya pada 5 November 2011 yang lalu. Kandungan e-mel tersebut berkaitan dengan ‘pembukaan pintu’ untuk peluang ‘memperolehi pelanggan berpotensi’ dengan membantu mengaturkan pertemuan White House untuk sekumpulan eksekutif PKC dan pegawai pemerintah.

Kumpulan ini adalah China Entrepreneur Club (CEC) yang ditubuhkan pada tahun 2006 dan ditubuhkan oleh sekumpulan peniaga dan pegawai kerajaan PKC. Antara delegasi kumpulan ini adalah jutawan China, penyokong setia PKC dan sekurang-kurangnya satu ‘diplomat yang dihormati’ dari Beijing.

Sejumlah anggota kanan PKC termasuk Wang Zhongyu (Naib Ketua Jawatankuasa Nasional CPPCC ke-10) terlibat sama dalam kepimpinan CEC. Begitu juga dengan Ma Weihua (Pengarah beberapa pejabat PKC), Jiang Xipei (ahli PKC dan wakil Kongres Nasional ke-16) dan juga beberapa yang lain.

“Saya tahu ketika ini adalah musim politik, orang ramai rasa ragu-ragu tetapi kumpulan seperti ini tidak muncul pada setiap hari”, tulis Mohamed A Khashoggi selaku perantara yang menulis bagi pihak CEC kepada rakan sekutu Hunter dan Archer. 

“Lawatan ke White House serta pertemuan dengan anggota pejabat ketua pegawai dan John Kerry akan menjadi sesuatu menyenangkan”, kata Khashoggi yang turut menyertakan bendera merah yang jelas. Dalam erti kata lain, Khashoggi merujuk kepada pelobi yang berdaftar di bawah Akta Pendaftaran Ejen Asing (FARA).

Hunter Biden

Hunter Biden, anak bekas Naib Presiden AS Joe Biden. (Tangkapan Skrin / Berita ABC / YouTube)

Tambah Khashoggi, lawatan itu akan menjadi ‘permainan diplomasi lembut’ yang sangat berkesan sambil memberikan Hunter dan rakan perniagaannya ‘akses yang baik kepada orang China untuk sebarang perjanjian di masa hadapan.’

Pendapatan kasar anggota CEC dianggarkan lebih daripada RM 1.5 trilion (yuan) yang turut sama menyumbang kepada kira-kira 4% daripada KDNK China.

Keahlian CEC ketika ini merangkumi 50 tokoh terkemuka seperti Liu Chuanzhi (Ketua CEC, Legend Holdings dan Lenovo Group), Wu Junglian, Zhang Weiying dan Zhou Qieren.

Serta ahli ekonomi terkenal China, Wu Jianmin, diplomat, Long Yongtu, wakil globalisasi China iaitu Wang Shi (Vanke), Ma Weihua (China Merchants Bank, Jack Ma (Alibaba), Guo Guanchang (Fosun), Wang Jianlin (Wanda), Niu Gensheng (Yayasan LAONIU), Lli Shufu (Geely), Li Dongsheng (TCL Corporation), Feng Lun (Vantone) dan banyak lagi.

Akhir Julai lalu, Axios melaporkan bahawa Pengarah FBI, Christopher Wray dan pegawai perisikan lain menghantar amaran tentang peningkatan kemampuan PKC untuk campur tangan dalam pilihan raya AS ketika perbicaraan dengan Jawatankuasa Perisikan Senat.

Seorang jurucakap untuk Senator Marco Rubio (R-Fla.), selaku Pemangku Ketua Jawatankuasa Perisikan Pilihan Senat mengatakan bahawa Rubio semakin bimbang tentang China yang memperluaskan pengaruh dan campur tangannya dalam isu AS. Mereka (PKC) memiliki kemampuan yang terbukti untuk melakukan serangan siber dan menyebarkan maklumat yang tidak sah dan niat yang jelas untuk mempengaruhi dasar pemerintahan dan pembuat dasar termasuklah anggota Kongres. Mereka mempunyai sumber yang jauh lebih besar daripada Rusia, tambahnya.

Pengarah FBI Christopher Wray turut membincangkan tentang ancaman yang ditimbulkan oleh PKC kepada ekonomi dan keselamatan AS menerusi video pada 7 Julai lalu di Hudson Institute, Washington.

“China terlibat dalam kempen pengaruh asing jahat yang sangat canggih. Kaedahnya merangkumi rasuah, pemerasan dan perjanjian rahsia. Diplomat China juga menggunakan tekanan ekonomi terbuka menerusi orang tengah yang kelihatan bebas untuk mendorong pilihan China terhadap pegawai AS”, kata Christopher Wray.

“Rakyat AS yang menjadi mangsa pencuri dari China dalam skala yang sangat besar sehingga ia melibatkan salah satu pemindahan kekayaan terbesar dalam sejarah manusia. Sekiranya anda adalah seorang dewasa di AS, kemungkinan besar China telah mencuri data peribadi anda”.

Tambah beliau, “Pada tahun 2017, tentera China bersekongkol untuk menggodam Equifax dan mempunyai akses terhadap maklumat peribadi 150 juta rakyat AS yang sensitif. Kita bercakap mengenai hampir separuh penduduk AS dan majoriti orang dewasa AS.”

Skandal terbaru melibatkan Biden seperti yang diumumkan New York Post berkaitan dengan e-mel pada komputer riba milik Hunter membuktikan bahawa “selama 30 tahun, keluarga Biden telah menjual maklumat pejabatnya kepada penawar tertinggi”, kata Datuk Bandar New York, Rudy Guiliani dalam “The Story” pada 15 Oktober lalu.

Sebilangan e-mel daripada cakera keras Hunter Biden mendedahkan bahawa Joe Biden berbohong mengenai Burisma. “Hakikat ini hanyalah sedikit daripada apa yang kita tahu dan sudah pasti lebih banyak lagi yang bakal diketahui”, tambah Guiliani.

Joe Biden juga berulang kali mengulangi pembohongannya bahawa beliau tidak pernah berbincang tentang Ukrain dengan anaknya, Hunter.

Banyak e-mel, teks, video dan foto yang melibatkan Hunter, dadah dan seks telah didedahkan pada cakera keras itu, yang dihantar ke New York Post oleh Giuliani. Ia kemudian diterbitkan pada minggu lalu.

Pelopor media sosial telah menapiskan kisah ini lalu menghapuskan akaun yang cuba berkongsi maklumat itu, Twitter juga telah mengunci akaun New York Post bersama banyak lagi akaun berprofil tinggi lain termasuklah akaun setiausaha akhbar White House, Kayleigh McEnany kerana berkongsi catatan itu.

Seorang wakil Twitter memberitahu New York Post, “Walaupun kami telah mengemas kini polisi, kami tidak mengubah penguatkuasaan secara retroaktif. Anda masih perlu menghapuskan tweet untuk mendapatkan semula akses akaun anda”.

Hunter Biden adalah penagih dadah yang sukar mengekalkan kerjayanya dan terpaksa menghabiskan masanya dengan keluar dan masuk ke pusat pemulihan berulang kali. Tiada gunanya dia menjadi ahli perniagaan yang kaya, melainkan bapanya merupakan naib presiden AS.

“Keluarga Biden terlibat dalam perniagaan jahat”, kata Giuliani. Joe Biden adalah komoditi yang mereka ada untuk dijualkan. Bapa saudara Hunter iaitu adik lelaki Joe juga telah melakukan perkara ini sejak 20 tahun lalu, kata Giuliani, pada ketika itu Giuliani banyak menumpaskan pengedar dadah, mafia dan jenayah lain.

Rudy Giuliani, peguam peribadi kepada Presiden Donald Trump di Rumah Putih. (Joshua Roberts/Getty Images)

Apabila Biden menjadi naib presiden di bawah pemerintahan Obama, beliau mula menghasilkan banyak wang. Hunter yang merupakan penagih dadah telah didedahkan kepada banyak penjenayah antarabangsa melalui bapanya. Walaupun Hunter sukar mendapatkan pekerjaan ekoran sejarah penagihannya, namun dia berjaya mendapatkan jawatan sebagai pengarah di sebuah syarikat gas asli yang korup di Ukraine, Burisma. Jawatan itu membuatkan Hunter berjaya meraih $80,000 setiap bulan walaupun tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam bidang gas asli.

Teks daripada sebuah komputer yang ditinggalkan pada sebuah bengkel dan tidak pernah dituntut mendedahkan teks daripada seorang eksekutif tertinggi Burisma, “Kami memerlukan anda dan Devon untuk menggunakan ‘pengaruh’ anda,” di mana ‘pengaruh’ tersebut merujuk kepada Joe, kata Guiliani.

“Dan pengaruh Hunter Biden adalah bapanya, Joe Biden”, tegas Guiliani. Beberapa teks juga membuktikan bahawa Hunter telah mengaturkan perjumpaan antara Burisma dengan bapanya, Joe Biden.

Giuliani mengatakan penemuan teks tersebut adalah perkembangan terbesar walhal Joe menafikan selama bertahun-tahun bahawa beliau pernah menemui, tahu atau berbincang dengan Burisma, bahkan sehingga ke hari ini. Beliau berbohong sejak daripada mula.

Pada awal Februari 2016, Jaksa Agung Ukraine, Viktor Shogun telah menyiasat dan menyita Burisma kerana rasuah, sebelum beliau kemudiannya dipecat pada bulan Mac. Joe Biden bahkan bercakap besar tentang bagaimana beliau telah membuatnya dipecat dengan mengancam untuk menyekat dana ke Ukraine.

Sekembalinya Biden membawa Hunter ke China menaiki Airforce 2, Hunter telah menerima surat daripada Bank of China yang menjanjikan $1 bilion kepada dana ekuiti persendiriannya yang dibuat untuk Hunter, Devon Archer (yang sejak itu disabitkan dengan penipuan), dan anak saudara lelaki Whitey Bulger.

“Apa yang mengejutkan, tiada seorang pun individu dalam pemerintahan Obama yang membangkitkan isu ini yang ternyata membahayakan keamanan nasional AS, dengan kompromi sebegini”, kata Guiliani.

Joe telah gagal dalam semua rundingan dengan PKC sebagai naib presiden namun dia juga telah membuat pernyataan, “China bukanlah ancaman” dan “China adalah pihak yang baik” serta “China bukanlah pesaing”.

Sedangkan pemerasan, wang ‘kotor’ dan rasuah adalah sebahagian daripada operasi PKC.

Adakah Joe Biden telah dikompromikan dan adakah keselamatan negara AS telah diancam?

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular