Tiffany Aufmann adalah ibu kepada dua orang anak. Walaupun tidak kerap memuat naik video di aplikasi TikTok, nama Tiffany menjadi tular pada bulan Julai lalu kerana membuat naik video eksperimentasi ke atas bayinya. 

Ibu yang berani mendakwa sebenarnya anak-anak tidak memerlukan barang mainan sebenar untuk bermain.

Sekarang sebelum membuat kesimpulan. Tiffany tidak menghilangkan warna terang daripada objek yang ditampilkan.

Babyplanet.pk/Facebook

Kebanyakan mainan anak-anak Tiffany telah ditampilkan dalam eksperimentasi ini. 

Apa yang ditunjukkan oleh Tiffany ialah meletakkan pilihan mainan yang direka khas untuk permainan bayi dan kanak-kanak dengan objek kegunaan seharian.

Biasalah apabila anak-anak akan lebih tertarik kepada pemberian yang terakhir. Atau sekurang-kurangnya, bayi Tiffany yang menyukai untuk memilihnya.

Babyplanet.pk/Facebook

Dalam rakaman video ini, Tiffany meletakkan bayi lelakinya, Rocky di atas kerusi makan bayi. Pertama, dia meletakkan bawang dan kamera mainan di atas mejanya. Dia mengambil bawang. 

Babyplanet.pk/Facebook

Kemudian, mainan gelung pelangi dengan kotak tisu. Dia memilih kotak tisu. 

Seterusnya, sudip dengan patung rakan-rakan ‘Toy Story’, dan si kecil memilih sudip.

Babyplanet.pk/Facebook

Semasa percubaan keempat, patung mainan lembut Benny diletakkan dengan gulungan kertas tandas dan kertas tandas menjadi pemenang. 

Babyplanet.pk/Facebook

Akhirnya, alat kawalan jauh dengan patung mainan Buzz Lightyear. Kejutan terakhir, si kecil memilih alat kawalan jauh.

Babyplanet.pk/Facebook

Tiffany Aufmann membuktikan dengan berkata, dia pernah melakukan eksperimen itu sebelum ini dan mendapat hasil keputusan yang sama.

Video tular ini mendapat perhatian lebih 2 juta tontonan di TikTok. Ibu bapa sangat bersetuju, kanak-kanak kecil suka memilih objek secara rawak, dan mereka tidak peduli dengan mainan yang diberi.

Babyplanet.pk/Facebook

“Anak saya tidur dengan sudip plastik selama kira-kira satu tahun,” tulis seorang netizen.

“Anak saya berusia 7 bulan sekarang, dia suka duduk di lantai dikelilingi barang mainannya tetapi hanya leka bermain dengan bekas mainan itu dan sikat rambut,” kata netizen yang lain.

“Anak saya bermain dengan kentang sejak dia berusia 1 tahun,” kata ibu bapa ini pula.

Babyplanet.pk/Facebook

Dan ya, memang benar si kecil lebih suka bermain dengan objek kegunaan harian berbanding barang mainan yang dikhaskan untuk mereka.

Tonton video di bawah:

Babyplanet.pk/Facebook

Maybe you're interested :

Share

Video Popular