Berikutan peningkatan semula bilangan kes jangkitan Covid-19 baru-baru ini, semakin ramai penduduk di Malaysia yang berusaha untuk mengurangkan aktiviti di luar rumah dan lebih memilih untuk duduk di rumah sahaja.

Bagaimanapun, tugas untuk keluar membeli barangan keperluan rumah kini sepertinya sudah ‘jatuh’ ke tangan ketua keluarga sahaja apabila seluruh ahli keluarga yang lain perlu kekal berada di rumah untuk mengelakkan jangkitan.

Tetapi malangnya, seorang lelaki (@fazrulazreen) yang merupakan ketua keluarga ini melalui detik yang sukar dalam kehidupannya selepas dia tiba di pasaraya untuk membeli barangan keperluan. @fazrulazreen mula sedar bahawa dia berdepan dengan masalah besar sebaik sahaja dia membuka nota senarai barangan keperluan yang perlu dibeli.

@fazrulazreen/Twitter

Lihatlah, tulisan isterinya begitu sukar untuk difahami!

Kerana sudah tiba di pasaraya, @fazrulazreen segera mengirimkan mesej kepada isterinya untuk meminta ‘terjemahan’ tulisan isterinya. Dan, dengan senang hati, isterinya menaip semula senarai barangan keperluan yang dia mahukan.

@fazrulazreen/Twitter

Nampaknya, hanya isterinya sahaja yang memahami tulisannya itu!

Selepas menerima senarai yang ditaip, barulah lega hati si suami yang ditugaskan untuk membeli barangan.

“Baiklah, selepas ini mesej sahaja (senarai ini). Senang!” balas @fazrulazreen kepada isterinya seperti dalam tangkap layar yang dimuatnaik.

Sememangnya, kiriman @fazrulazreen ini telah menarik perhatian ramai warganet yang turut sama cuba meneka senarai barangan yang ditulis oleh isterinya.

@fazrulazreen/Twitter

Memang lucu betul!

Malah, @fazrulazreen turut meminta orang ramai untuk cuba meneka pekerjaan isterinya berdasarkan nota yang sukar untuk dibaca itu. Dan balasan untuk semua tekaan memang sangat lucu kerana @fazrulazreen hanya mahu ‘mendengar’ jawapan yang salah sahaja!

@fazrulazreen/Twitter

Sehingga entri ini dihasilkan, kiriman ini telahpun meraih sehingga lebih dari 11,800 sukaan, lebih dari 9,200 ulang kicau dan 297 komen.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular