Bulu-bulu kucing yang lembut dan gebu sememangnya boleh membuatkan sesiapa sahaja berasa geram dengan mereka. Jika berada di depan mata, pastinya mereka menjadi ‘bantal peluk’ yang tidak akan dilepaskan!

Tambahan pula jika kucing itu baru sahaja dimandikan, dengan baunya yang wangi serta tekstur bulu yang lembut, sesiapa sahaja pasti mahu memeluk mereka dan mencium mereka dengan bertalu-talu.

Pomu & Shima/YouTube

Begitulah yang dirasakan oleh seorang kanak-kanak perempuan yang begitu geram dengan kucing peliharaan keluarganya sehingga dia sanggup ‘membenamkan’ wajahnya pada badan kucing-kucing yang comel ini!

Pomu & Shima/YouTube

Kucing yang berwarna putih yang dinamakan Pomu ini adalah salah satu daripada dua ekor kucing peliharaan keluarga ini. Dan dengan hanya menonton video sahaja, kita seperti sudah tahu betapa lembutnya bebulu Pomu yang memutih itu!

Pomu & Shima/YouTube

Bebulu Pomu memang sama taraf dengan bebulu permaidani yang mewah!

Kucing kedua peliharaan keluarga ini adalah kucing berbaka Munchkin yang diberi nama Shima. Berbeza dengan Pomu, Shima mempunyai bebulu yang lebih pendek tetapi tetap kelihatan gebu walaupun dilihat menerusi video sahaja.

Pomu & Shima/YouTube

Malahan, Shima adalah seekor kucing yang sangat aktif dan nakal! Lihat sahajalah video ini, apa yang Shima mahukan hanyalah untuk bermain sahaja!

Pomu & Shima/YouTube

Seperti kapsyen yang ditinggalkan menerusi video yang dimuatnaik oleh saluran YouTube Pomu & Shima, pemilik kedua-dua ekor kucing ini juga meninggalkan pesan kepada orang ramai untuk mencuba merasa kelembutan dan keselesaan bulu kucing yang baru dimandikan.

v

Comel betul video ini. Kami pasti, Pomu dan Shima adalah antara kucing yang bertuah kerana dijaga dengan rapi dan sentiasa dimanjakan sehinggakan kebahagiaan mereka dapat dilihat dengan jelas pada keceriaan dan kesihatan tubuh badan mereka!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular