Snek kegemaran rakyat Malaysia tentunya kerepek! Tidak kiralah apa jenis kerepek pun, mesti kita tidak sedar ianya hampir habis dimakan terutamanya ketika menonton televisyen.

Untuk memberikan kelainan buat anda, kali ini kami akan kongsikan resipi kerepek istimewa daripada terung seperti yang dikongsikan oleh Nisa Nengnesfa Msi Bwi ini.

Bahan A :

  • 1 kilogram terung
  • 300 gram tepung beras
  • 150 gram tepung ubi kayu
  • 100 gram tepung gandum
  • 500 mililiter air
  • 1 butir telur
  • ½ bungkus santan
  • 10 helai daun limau purut
  • 1 sudu besar garam
  • 1 bekas air (untuk rendaman)

Bahan B :

  • 4 ulas bawang putih
  • 1 potong kunyit
  • 1 sudu kecil serbuk ketumbar
  • 3 ulas buah keras
  • 1 sudu kecil garam
  • Serbuk pati ayam

*Kesemua bahan ini boleh ditumbuk atau dikisarkan

Kaedah penyediaan :

1. Terung dibersihkan lalu dipotong nipis-nipis. Masukkan ia ke dalam bekas berisi air lalu tambahkan garam. Rendam seketika.

Nisa Nengnesfa Msi Bwi/Facebook

2. Buang air rendaman garam tadi dan kemudian gantikan dengan air biasa.

3. Sementara itu, campurkan kesemua tepung, telur, santan dan bahan B serta daun limau purut ke dalam satu bekas yang lain

Nisa Nengnesfa Msi Bwi/Facebook

4. Toskan sedikit terung yang ingin digoreng lalu gaulkannya pada campuran tepung

Nisa Nengnesfa Msi Bwi/Facebook

5. Setelah minyak benar-benar panas, gorengkan terung tadi sehingga kelihatan garing.

Nisa Nengnesfa Msi Bwi/Facebook

Siap! Kini kerepek terung sedia untuk dinikmati. Menurut perkongsian Nisa, api hendaklah besar ketika menggoreng terung ini agar ianya tidak menyerap minyak.

Untuk membuatkan kerepek kekal rangup lebih lama, kerepek yang disejukkan selepas digoreng tadi boleh dibakar di dalam ketuhar.

Nisa Nengnesfa Msi Bwi/Facebook

Bakar sahaja menggunakan haba di atas dan bawah ketuhar dengan suhu 100 hingga 120°C dalam tempoh sekitar 25 minit.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Resipi

Video Popular