Kita sedia maklum bahawa kini semua negeri di Semenanjung dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) kecuali di Perlis, Pahang dan Kelantan.

Bagi menguatkuasakan sekatan tersebut, pihak polis di Selangor baru-baru ini dilaporkan menyamar sebagai orang biasa bagi memburu individu yang ingkar SOP.

Menurut sumber, anggota polis berkenaan tidak lagi memakai pakaian seragam mereka dan juga menaiki kenderaan peronda polis.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Berdasarkan video yang tular, empat lelaki dipercayai sedang asyik menjamu selera di sebuah restoran di Bandar Puteri, Puchong sebelum dikenakan tindakan oleh dua anggota polis.

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

Jelas Ketua Polis Selangor, Datuk Noor Azam Jamaludin berkata Polis Selangor mempunyai pasukan pematuhan yang membuat pemantauan di peringkat Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) dan juga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD).

Info Roadblock JPJ/POLIS / Facebook

“Pasukan ini membuat pemeriksaan mengejut ke atas premis-premis di Selangor. Jadi mereka yang didapati ingkar SOP PKPB akan diambil tindakan”.

Tambah beliau, pasukan pemantauan juga tidak semestinya berpakaian uniform namun perlu memperkenalkan diri serta menunjukkan kad kuasa semasa mengambil tindakan.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik untuk kita sentiasa mematuhi SOP. Elakkan keluar daripada rumah melainkan atas urusan kerja mahupun penting sahaja.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular