Pada 8 November yang lalu, sebuah lori treler dilaporkan telah melanggar lampu isyarat merah di persimpangan Kota Puteri di Lebuhraya LATAR. Kejadian itu berjaya dirakamkan menerusi kamera ‘dashboard‘ salah seorang pengguna jalan raya yang turut berada di tempat kejadian.

Rakaman berdurasi 41 saat itu turut menjadi tular di Facebook setelah ianya dikongsikan oleh Info Roadblock JPJ/POLIS. Dalam kejadian itu, dapat disaksikan beberapa buah kereta sedang menunggu lampu isyarat bertukar menjadi hijau. 

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Sebaik sahaja lampu isyarat bertukar hijau, kenderaan yang berada di lorong kanan mula meneruskan perjalanan dengan membelok di persimpangan. Namun pada masa yang sama, sebuah lori treler dari arah bertentangan turut bertindak melanggar lampu isyarat dan hampir menyebabkan kemalangan di kawasan tersebut.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Lebih malang lagi, kenderaan yang hampir dirempuh oleh lori treler di persimpangan berkenaan merupakan kenderaan polis! Hal ini membuatkan kenderaan polis itu terus memberhentikan keretanya di tepi jalan manakala pemandu lori treler berkenaan pula terus bertindak mengundurkan lorinya.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Penularan video ini mencuit hati warganet yang rata-ratanya terhibur mendengar reaksi spontan pemilik kenderaan yang merakamkan kejadian tersebut.

Pemilik kenderaan tersebut kedengaran acap kali menyebut “mampus kau” dan “good luck” sambil mentertawakan nasib yang bakal dihadapi oleh pemandu lori treler tersebut.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Pada masa yang sama, pemandu kenderaan polis itu telah menyalakan siren menandakan mereka akan menghadap pemandu lori itu yang secara jelas melanggar lampu isyarat merah dan hampir menyebabkan kemalangan. Semoga pemandu lori treler itu diberikan hukuman yang setimpal atas kecuaiannya.

Info Roadblock JPJ/POLIS|Facebook

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL VIDEO

Video Popular