Dalam sesi pilihanraya umum Amerika Syarikat, calon Parti Demokratik iaitu Biden dikatakan sebagai seorang penipu besar. Pengumuman beliau sebagai Presiden Amerika Syarikat yang terbaharu telah mencetuskan tunjuk perasaan di hampir 50 negeri seluruh Amerika.

Menurut laporan, sebelum sesi pilihanraya diadakan, keluarga Biden seringkali terlibat dalam pelbagai skandal rasuah perniagaan. Hal ini menyebabkan kebanyakan individu menggelarkan keluarga Biden sebagai ‘keluarga penjenayah’ disebabkan oleh isu-isu kontroversi yang melibatkan ahli keluarga ini.

Meskipun ada yang ditahan oleh pihak berkuasa atas tuduhan pelanggaran undang-undang, kesemua ahli keluarga Biden yang terlibat akan dibebaskan atau terlepas daripada menjalani hukuman yang sewajarnya.

Mark Makela/Getty Images

Biden sebelum ini menjadi bahan utama pihak media yang mendakwa beliau telah bertindak memperdagangkan kuasa dan wang tunai dengan CEFC Energy dan Syarikat Petroleum Ukraine untuk menjual kepentingan negaranya. Pada ketika itu, Presiden Amerika Syarikat iaitu Donald Trump telah menuduh Biden dan menyatakan beliau adalah ahli politik yang korup.

Berikut merupakan senarai kesalahan yang dilakukan oleh setiap ahli keluarga Biden:

#1 Hunter

Di dalam keluarga Biden, individu yang paling mencetuskan kontroversi adalah anak lelakinya iaitu Hunter. Turut menular beberapa video skandal seks dan penyalahgunaan dadah jenis kokain oleh Hunter di media sosial. Pada tahun 1988, Hunter telah ditahan di New Jersey atas kesalahan membawa dadah namun lama-kelamaan, kes itu berakhir dan senyap begitu sahaja. Pada tahun 2018 pula, Hunter pernah dilihat mengambil dadah di sebuah kelab di Washington dan hal ini menyebabkan beliau telah dimasukkan ke pusat pemulihan sebanyak enam kali.

Pada tahun 2006, Biden telah mengeluarkan arahan untuk meluluskan Akta Penyalahgunaan Dadah sedangkan anaknya sendiri yang merupakan penagih dadah tidak pernah meluangkan masa walau sehari di dalam penjara atas kesalahan penyalahgunaan dadah. 

#2 Ashley

Selain Hunter, Biden juga mempunyai seorang anak perempuan berusia 39 tahun yang dikenali sebagai Ashley. Ashley pernah ditangkap pada tahun 1999 oleh pihak berkuasa setelah didapati menghisap dadah jenis marijuana ketika menuntut di Universiti Tulane, New Orleans. Namun tidak lama selepas ditangkap, Ashley dibebaskan segera setelah pihak polis mendapati dia merupakan anak kepada Senator Joe Biden.

Pada 2002 pula, Ashley dan rakan-rakannya telah berparti di sebuah kelab malam di Chicago dan telah melemparkan botol bir ke arah polis selain memberikan kata-kata hinaan ketika ditahan. Meskipun begitu, Ashley tetap keluar daripada balai polis tanpa sebarang tindakan undang-undang ke atasnya.

#3 Francis Frank

Sementara itu, adik lelaki Biden yang berusia 66 tahun iaitu Francis turut beberapa kali ditahan atas kesalahan yang pelbagai. Menurut laporan Daily Mail, Francis pernah berhutang sebanyak USD 1 juta dengan seorang kenalan bernama William. Bagaimanapun, William dan Francis telah terlibat dalam kemalangan sehingga meragut nyawa William. Meskipun begitu, Francis masih bebas sehingga ke hari ini tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang.

Beliau pernah ditangkap polis kerana memandu dalam keadaan mabuk di Fort Lauderdale pada bulan Ogos tahun 2003. Pada tahun yang sama, Francis sekali lagi ditahan atas tuduhan mencuri dua DVD dari sebuah kedai di Florida. Bagaimanapun, Francis dilaporkan tidak pernah menghadirkan diri ke mahkamah memandangkan peguam negara pada ketika itu enggan untuk mendakwanya. Setahun kemudian, Francis didapati telah memandu tanpa lesen yang sah namun berjaya melepaskan diri daripada segala tindakan undang-undang.

#4 Caroline

Pada Ogos 2019, anak saudara Biden iaitu Caroline telah ditahan atas kesalahan memandu dalam keadaan mabuk dan tidak mempunyai lesen memandu yang sah. Memandangkan Biden telah tercalon untuk menjalani pilihanraya umum tahun ini, kesemua rekod kesalahan Caroline telah dihapuskan dengan serta-merta.

Pada September 2013, Caroline telah ditahan setelah dikatakan bergaduh dengan rakan sebiliknya disebabkan oleh isu sewaan. Selepas insiden tersebut, peguam bela Caroline menyatakan bahawa Caroline mempunyai masalah emosi dan memerlukan rawatan psikologi untuk memulihkannya. Selepas itu, segala kesalahan dan pertuduhan ke atas Caroline digugurkan. Malah, gadis ini juga pernah melakukan kesalahan di mana dia telah menghabiskan sebanyak USD 110,000 (RM452,485) menggunakan kad kredit yang dicurinya. Namun, dia hanya didakwa atas kesalahan kecurian kecil dan tidak perlu dipenjarakan.

Dalam sesi pilihanraya umum baru-baru ini, Biden telah berjaya mengalahkan Trump dengan margin yang sangat besar. Dilaporkan jumlah undian meningkat secara drastik sekali gus meninggalkan Trump jauh ke belakang. Hal ini menyebabkan ramai yang beranggapan telah berlakunya penyelewengan ketika proses pengundian dijalankan.

Hal ini disokong lagi dengan tindakan Biden yang mengumumkan sendiri kemenangannya sebagai Presiden Amerika Syarikat pada 7 November lalu. Trump juga telah mengeluarkan kenyataan beliau dan menyatakan bahawa beliau akan terus berlawan dan tidak akan menyerah kalah.

Jelas Trump, “Kita semua tahu mengapa Biden tiba-tiba diumumkan sebagai pemenang dan mengapa sekutu medianya bekerja keras untuk membantu beliau. Mereka tidak mahu kebenaran terbongkar. Fakta mudahnya adalah pilihanraya ini masih belum berakhir… Undian yang sah akan menentukan siapa presiden, bukannya pihak media”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular