Ada yang menyangka semua haiwan peliharaan suka dibawa berjalan ke tepi pantai tetapi hakikatnya tidak. Sebenarnya ada sahaja antara mereka yang tidak suka memijak pasir-pasir di pantai atau berlari mengejar ombak.

Tidak percaya? Lihat sahaja telatah selamba kucing bernama Pumpkin ini yang pertama kali dibawa oleh tuannya ke pantai.

Menurut pemiliknya, Tia, dia sering membawa haiwan- haiwan peliharaannya, Pumpkin dan Moustachio untuk pergi ke acara-acara keluarga. Jadi, suatu hari dia membawa kedua-dua ekor haiwan kesayangannya itu ke sebuah pantai berhampiran dengan rumahnya.

Pada mulanya, Pumpkin dan Moustachio kelihatan seronok dan gembira bermain di situ. Namun, apabila angin bertiup wajah Pumpkin mula berubah.

Twitter

Apa yang paling melucukan ialah ekspresi muka Pumpkin seolah-olah memberitahu bahawa dia geli dengan angin yang meniupnya!

Twitter

Menurut Tia, Pumpkin kelihatannya suka pergi ke pantai walaupun pada kali pertama tetapi nampaknya kucingnya tidak suka dengan angin di situ. Jadi, dia telah merakam beberapa keping gambar dan video yang menunjukkan bahawa Pumpkin sangat ‘anti’ dengan angin di tepi pantai.

iispumpkincat/Instagram

Gambar-gambar dan cerita mengenai Pumpkin kemudian mula tular di internet dan mendapat perhatian pengguna media sosial. Ada yang mengatakan kisah lucu Pumpkin adalah benda yang paling disukainya di internet.

iispumpkincat/Instagram

iispumpkincat/Instagram

Nampaknya riak wajah Pumpkin yang jujur telah buatkan ramai yang terhibur!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona Ria

Video Popular