Sangkar untuk kucing adalah salah satu aksesori haiwan peliharaan yang memerlukan kos yang agak tinggi jika mahu dibeli di kedai. Tambahan pula, jika sangkar yang ingin dibeli itu memerlukan saiz yang besar untuk memuatkan lebih banyak kucing di dalamnya.

Gambar hiasan/Unsplash

Tetapi anda tidak perlu risau, kerana di dunia ini terdapat begitu banyak penduduk yang mempunyai idea yang bernas-bernas untuk menghasilkan sangkar kucing buatan sendiri. Bahan yang diperlukan lazimnya adalah daripada bahan yang mudah didapati, dan saiznya boleh disesuaikan sendiri oleh anda mengikut keperluan masing-masing!

Berdasarkan perkongsian oleh AIN DANIA at Pelbagai JENIS Doorgift di laman Facebook, dapat dilihat bahawa sebenarnya sangkar kucing boleh sahaja dihasilkan sendiri dengan menggunakan bakul, raga, penutup makanan dan peralatan yang seumpamanya.

Apa yang diperlukan hanyalah tali atau pengikat kabel (cable tie) yang kukuh untuk menyatukan dua buah bakul yang digunakan supaya dapat mewujudkan ruang yang selesa di dalam sangkar buatan tersebut.

Selain menggunakan pengikat kabel, anda juga boleh menggunakan engsel atau sendi besi yang membolehkan anda untuk membuka sangkar dengan lebih mudah ketika sesi mencuci sangkar tersebut.

Idea ini memang sangat segar dan bijak!

Jadi selepas ini, sesiapa sahaja boleh menghasilkan sendiri sangkar kucing untuk kucing kesayangan masing-masing. Kosnya juga jauh lebih rendah. Selamat mencuba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular