Ketika seluruh dunia sedang berusaha untuk memerangi pandemik yang sedang melanda, tidak dapat dinafikan bahawa kadar pengangguran juga semakin meningkat berikutan keadaan ekonomi yang tidak stabil. Walau bagaimanapun, salah satu cara yang boleh kita usahakan untuk tidak dibelenggu masalah pengangguran adalah dengan melakukan apa sahaja kerja yang mampu dilakukan.

Misalnya, semangat yang ditunjukkan oleh seorang lelaki yang mengalami lumpuh separuh badan ini yang masih lagi rajin bekerja untuk menyara keluarganya boleh dijadikan contoh kepada orang ramai.

Berdasarkan perkongsian 5 keping gambar di laman Oh! Media di Facebook, seorang lelaki dilihat dengan tekun sedang melakukan kerja-kerja membaiki kenderaan dan kerja-kerja menukang walaupun dia sedang meniarap di atas sebuah katil besi mudah alih. 

Perkongsian ini seterusnya telah berjaya menarik perhatian ramai warganet yang terharu dengan kesungguhan lelaki ini dan dalam masa yang sama terinspirasi dengan semangat yang dipaparkan oleh lelaki kelainan upaya ini.

Oh! Media/Facebook

Pengirim juga dalam masa yang sama sempat memberi nasihat kepada orang ramai untuk mencontohi lelaki ini dan menanamkan sifat rajin untuk bekerja terutamanya dalam keadaan pandemik yang sedang melanda ini.

“Walaupun lumpuh separuh badan, pakcik ini tetap rajin bekerja untuk mencari rezeki. Kita yang masih sihat ini janganlah terlalu memilih kerja.

Sekarang ini kan musim pendemik, jadi lakukan apa-apa kerja yang boleh bantu kita untuk menyara keluarga,” tulis kiriman berkenaan.

Sememangnya, semangat yang ditunjukkan oleh lelaki ini sangat memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja yang menyaksikannya. Semoga dengan setiap usaha yang kita lakukan, ruang rezeki kita semakin meluas dari hari ke hari.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI

Video Popular