Sejak Parti Komunis China mula melewatkan pelepasan udang karang (lobster) yang diimport dari Australia di kastam negara China, hubungan perdagangan antara kedua-dua buah negara ini semakin menegang dari hari ke hari.

Gambar hiasan/Unsplash

Menurut laporan Bloomberg, mulai 6 November, PKC telah menyenarai hitamkan tujuh kategori produk import dari Australia seperti udang karang, wain, kayu, gula, barli, arang dan tembaga. Langkah sekatan perdagangan ini juga dilaporkan sebagai tindakan yang paling tegas yang pernah dikenakan oleh PKC terhadap negara Australia berikutan pelbagai kritikan yang diutarakan oleh Australia mengenai PKC.

Antara kritikan yang dilaporkan menjadi titik tolak kepada ‘perang perdagangan’ ini adalah kritikan oleh Australia pada tahun kebelakangan ini tentang isu hak asasi manusia di kem tahanan Xinjiang dan isu hak asasi manusia di Hong Kong, tidak menyokong teknologi 5G yang dikemukakan oleh Huawei, dan tuduhan terhadap PKC yang didakwa campur tangan dalam masalah dalaman Australia.

Gambar hiasan/Unsplash

Disamping itu, Perdana Menteri Australia turut meminta PKC disiasat berkenaan asal-usul kemunculan COVID-19 yang kini telah menular ke seluruh dunia.

Berikutan itu, PKC yang jelas tidak berpuas hati sebelum ini dilaporkan melakukan serangan balas dengan mengenakan cukai terhadap komoditi barli yang diimport dari Australia, menyekat kemasukan daging lembu yang diimport dari Australia, menjalankan penyelidikan anti-lambakan terhadap wain dari Australia, dan menyeru pelajar dan pelancong dari China untuk tidak melakukan perjalanan ke Australia.

PKC dalam kenyataannya tentang isu ini bagaimanapun menafikan ‘serangan balas’ yang dilakukan dan menyatakan bahawa segala tindakan yang dikenakan terhadap Australia ini adalah mematuhi peraturan perdagangan dan tiada niat lain yang disembunyikan.

Gambar hiasan/Unsplash

Jurucakap Kementerian Luar Negeri China, Wang Wenbin dalam penerangannya tentang isu penundaan pengeluaran udang karang Australia pula mengatakan bahawa pihak kastam China hanya melakukan pemeriksaan dan kuarantin terhadap makanan laut yang diimport sesuai dengan undang-undang untuk memastikan keselamatan pengguna. 

Hubungan antara PKC dan Australia sebelum ini adalah menghampiri hubungan rakan dagang sebelum status ini semakin memudar sejak beberapa tahun kebelakangan. Selama 10 tahun terakhir, PKC sering menjadi rakan perdagangan dan pelaburan terpenting di Australia. Menurut data dari Jabatan Luar Negeri dan Perdagangan Australia (DFAT), perdagangan dua hala antara Australia dengan PKC mencapai sehingga USD 235 bilion pada tahun fiskal 2018-2019, yang menyumbang sebanyak 26.4% daripada jumlah besar perdagangan serta merupakan jumlah yang lebih sebanyak dua kali ganda daripada Jepun, yang merupakan rakan dagang yang kedua terbesar. 

Gambar hiasan/Unsplash

Australia adalah antara salah satu negara di dunia yang turut bergantung kepada PKC kerana bukan hanya dari segi perdagangan komoditi dan pertanian sahaja, Australia juga dilaporkan turut bergantung pada sokongan dari PKC dalam sektor pelancongan, pendidikan dan beberapa industri lain.

Dengan tekanan yang semakin menegang antara kedua-dua negara, didapati bahawa perang perdagangan antara PKC dan Australia nampaknya telah bermula secara senyap. Natasha Kassam, seorang penyelidik di Institut Lowy, sebuah badan pemikir Australia, mengatakan bahawa hubungan kerjasama antara PKC dan Australia selama 10 tahun terakhir ini telah mengekalkan ilusi bahawa pergantungan ekonomi dan ketegangan politik boleh menjadi dua bidang yang berbeza. Ilusi ini boleh disesuaikan dengan faedah kedua-dua pihak; tetapi ketika konflik antara kedua-dua negara semakin memuncak, ilusi ini telah pun hancur dan kestabilan yang pernah dikecapi sebelum ini semakin sukar untuk dicapai semula.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular