Satu kemalangan yang melibatkan dua buah helikopter dilaporkan telah berlaku pada jam 11.50 pagi, Ahad, 8 November apabila dua buah jentera udara yang sedang melakukan latihan penerbangan bertembung sesama sendiri di udara dan mengorbankan dua nyawa.

Kembara Sofi | Twitter
Kembara Sofi | Twitter

Berdasarkan siaran media oleh Kementerian Pengangkutan Malaysia, kedua-dua buah helikopter yang terlibat telah berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS), Subang dan menuju ke Genting Sempah dengan kekuatan 4 orang krew.

Buletin TV3 | Twitter
Buletin TV3 | Twitter

Menurut laporan, selepas berlakunya pertembungan di udara, sebuah helikopter telah terhempas di Bukit Melawati, Kuala Lumpur dan sebuah lagi helikopter berjaya melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang berdekatan SJKT Taman Melawati, iaitu 500 meter dari lokasi helikopter yang terhempas.

Kembara Sofi | Twitter
Kembara Sofi | Twitter

Kira-kira jam 4.30 petang, ciapan daripada laman Bernama menyatakan bahawa jurucakap HKL memaklumkan bahawa mayat dua orang lelaki mangsa nahas seterusnya dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) dan seorang lagi lelaki dan seorang wanita dilaporkan cedera akibat kemalangan berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular