KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyatakan rasa berat hatinya untuk memberikan kelulusan bagi cadangan pengeluaran Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

Beliau menegaskan bahawa kebenaran untuk melakukan pengeluaran dalam Akaun 1 KWSP ini hanyalah disasarkan kepada golongan yang dalam kesulitan seperti individu yang kehilangan pekerjaan sahaja memandangkan situasi semasa segelintir rakyat yang terkesan dengan pandemik ini.

Berita Harian

“Bukan soal tak nak bagi, tapi macam mana nak lihat jaminan masa depan pencarum apabila sudah keluarkan Akaun 2, sekarang Akaun 1. Jadi, apa jaminan lepas bersara? Tetapi kita lihat situasi amat gawat kerana ada yang memang terkesan dalam keadaan sekarang sehingga mungkin tiada duit,” kata beliau menerusi satu siaran eksklusif malam tadi.

Jelas Muhyiddin, pihaknya telah melakukan rundingan bersama Kementerian Kewangan dan akan memberi kelonggaran untuk meluluskan pengeluaran Akaun 1 KWSP. Namun, keputusan ini perlu dilakukan dengan teliti bagi mengelakkan simpanan ‘hari tua’ pencarum akan terjejas. 

Info Rakyat

“Kalau nak sentuh juga (Akaun 1 KWSP), apa nak buat, kita teruskan. Tetapi ini kuasa Menteri Kewangan (Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz), jadi Perdana Menteri pun rayu. Kita berilah kepada mereka yang amat terkesan untuk keluarkan simpanan masa depan mereka”.

Twitter

Terdahulu menerusi perbentangan Belanjawan 2021, kerajaan telah mengumumkan keputusan untuk membenarkan pengeluaran simpanan KWSP daripada Akaun 1 secara bersasar sebanyak RM500 sebulan dengan jumlah sehingga RM6,000 untuk 12 bulan.

Kelonggaran ini dijangka akan memanfaatkan dan meringankan beban kewangan kepada 600,000 ahli yang terjejas. Ahli yang layak boleh memohon mulai Januari 2021.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular