KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah berjaya mengesan 21 produk makanan daripada 16 jenama yang disyaki mengandungi racun berjadual.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, kesemua 21 produk makanan dipercayai dicampurkan dengan racun berjadual seperti sildenafil, tadalafil, dexamethasone dan juga prednisolone.

Berikut merupakan senarai produk makanan yang mengandungi racun berjadual dan pelabelan palsu:

  1. Minuman kesihatan Tonik Tuan Haji 1921
  2. Candy B+ Complex jenama California Pure
  3. Orange + 
  4. Kopi Panggung Al Ambiak jenama Natural Herbs Coffee
  5. Kopi Jantan Tradisional jenama Natural Herbs Coffee
  6. Kopi Jantan Tradisional 7A jenama AAAAAAA
  7. Kopi Pra Campuran jenama WM Coffee
  8. Kopi Harimau 
  9. Kopi Mutiara 
  10. Jus Kesihatan Tradisional jenama Jus Saidina
  11. Miracle Energy Coffee jenama Sabah Brands
  12. Kopi Strong Man Plus jenama Natural Herbs Coffee

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

kpkesihatan

Kesemua produk ini berjaya dikenal pasti mengandungi racun berjadual hasil pemantauan Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) dari tahun 2019 hingga Ogos 2020 yang melibatkan sebanyak 849 produk makanan dianalisis.

“Tindakan undang-undang telah diambil ke atas pengeluar atau pengedar empat daripada 16 jenama produk makanan yang tidak mematuhi undang-undang. Bagaimanapun, hasil siasatan yang dijalankan ke atas 12 jenama produk makanan lain mendapati nama dan alamat syarikat adalah palsu atau tidak lengkap”.

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah/Facebook

Berdasarkan Seksyen 13 Akta Makanan 1983, mana-mana pihak yang didapati menyediakan atau menjual makanan yang mengandungi bahan beracun, merosakkan atau memudaratkan kesihatan boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 10 tahun atau kedua-duanya.

“Sehubungan itu, KKM telah memberi amaran dan melarang penjualan semua produk makanan itu dan semua peniaga termasuk peniaga atas talian yang masih mempunyai stok produk berkenaan diarahkan untuk menghentikan serta-merta penjualan semua produk ini dan menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah terdekat untuk tujuan penyitaan”.

“Orang ramai yang sedang menggunakan produk ini disarankan supaya segera mendapatkan nasihat serta rawatan dari ahli profesional kesihatan,” nasihat Dr Noor Hisham.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular