Calon presiden demokratik Joe Biden mengumumkan kemenangannya dalam sesi pilihanraya 2020 pada 7 November lalu, satu pengumuman yang dinafikan oleh Presiden Donald Trump.

Biden, 77 tahun memaklumkan rasa ‘syukur dan terharu’ di atas kepercayaan yang diberikan oleh rakyat Amerika kepada beliau dan bakal Timbalan Presiden, Senator Kamala Harris.

“Dalam menghadapi rintangan yang belum pernah terjadi sebelum ini, sejumlah orang Amerika telah memilih. Hal ini membuktikan sekali lagi bahawa demokrasi masih lagi utuh dalam jiwa rakyat Amerika. Dengan berakhirnya kempen ini, tibalah masanya untuk meletakkan kemarahan dan retorik keras di belakang kita dan bersatu sebagai sebuah negara. Sudah tiba masanya Amerika bersatu dan sembuh daripada semua ini. Kita adalah Amerika Syarikat dan tidak ada yang tidak boleh kita lakukan jika kita melakukannya bersama”.

Rebecca Blackwell/AP Photo

Sementara itu, Trump daripada Parti Republik yang bersaing untuk penggal kedua memberikan maklum balas beliau dalam satu kenyataan.

“Kita semua tahu mengapa Joe Biden bergegas untuk mengumumkan dirinya sebagai pemenang dan mengapa sekutu medianya berusaha keras untuk membantunya. Mereka tidak mahu kebenaran sebenar didedahkan. Fakta mudah ialah pilihan raya ini masih belum selesai. Joe Biden belum lagi diperakui sebagai pemenang di mana-mana negeri apalagi mana-mana negeri yang dipertandingkan menuju penghitungan mandatori atau negeri di mana kempen kami mempunyai cabaran undang-undang yang sah dan dapat menentukan pemenang utama,” kata Trump.

“Di Pennsylvania misalnya, pemerhati undang-undang kami tidak dibenarkan untuk melihat proses pengiraan undi. Undi sah yang akan menentukan siapa presiden, bukan berita media”.

Kempen Trump yang bermula Isnin ini akan mula mengadili kesnya di mahkamah bagi memastikan undang-undang pilihanraya ditegakkan sepenuhnya dan hanya pemenang yang sah akan mendapat kerusi. Meskipun kebanyakan negeri telah mempunyai calon pemenang yang jelas, keputusan di beberapa negeri adalah hampir sama.

Keputusan di Arizona, Nevada, Georgia, Carolina Utara, Pennsylvania dan Wisconsin dipertandingkan oleh kempen Trump atau begitu hampir sehingga mereka tidak disebut pada hari Sabtu lalu. Georgia akan melalui pengiraan semula. Trump terus mengungguli Biden di Arizona. Penggubal undang-undang meminta untuk melakukan audit penuh di Pennsylvania manakala kes mahkamah di beberapa tempat lain khususnya yang berpusat di pusat undian sedang berjalan.

Segelintir pihak media telah menguar-uarkan mengenai kemenangan Biden dalam pilihanraya pada 7 November lalu. Pengurus kempen Biden iaitu Jen O’Malley Dillon memaklumkan pihak wartawan di Wilmington, Delaware bahawa dia berasa ‘teruja’ dan menganggap hari tersebut sebagai ‘hari yang hebat untuk negara ini’.

Di Philadelphia, peguam Trump iaitu Rudy Giulani memberitahu wartawan, “Rangkaian tidak boleh memutuskan pilihanraya. Mahkamah yang akan melakukannya”.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kempen

Video Popular