Sejumlah 6,620 orang di Lanzhou, Provinsi Gansu, China, disahkan positif bakteria brucella yang boleh menyebabkan demam Mediterranean, sakit sendi dan sakit kepala. Penemuan ini adalah berikutan laporan kebocoran pada tahun lalu dari kilang biofarmaseutikal yang ditugaskan untuk menghasilkan vaksin haiwan.

Gambar hiasan/Unsplash

Jangkitan berkenaan dilaporkan berpunca dari penggunakan bahan nyah cemar yang telah tamat tempoh ketika proses menghasilkan vaksin Bruselosis untuk haiwan dilaksanakan antara bulan Julai dan Ogos 2019 di kilang berkenaan.

Bakteria brucella berkenaan seterusnya dikatakan telah memasuki ekzos kilang biofarmaseutikal Penternakan Haiwan China berkenaan yang kemudiannya menghasilkan aerosol yang mengandungi bakteria dan seterusnya telah ditiup angin sehingga menjangkiti penduduk di sekitar kilang berkenaan.

Berikutan kes ini, kilang tersebut telahpun diarah untuk berhenti daripada menghasilkan vaksin Bruselosis pada 7 Disember 2019 dan telah ditutup sepenuhnya mulai bulan Oktober 2020. Lapan orang kakitangan kilang berkenaan, termasuk ketua kilang telah dipertanggungjawabkan dan menerima hukuman termasuk amaran daripada Parti dan dibuang kerja.

Gambar hiasan/Unsplash

Pihak berkuasa bandar sehingga kini telah melaksanakan sebanyak 55,725 ujian terhadap penduduknya, dan seramai 6,620 orang telah disahkan positif bakteria berkenaan.

Selain daripada melaksanakan ujian secara percuma, pihak berkuasa bandar turut menyediakan rawatan secara percuma kepada pesakit yang disahkan positif dan menunjukkan simptom, dengan 126 orang pesakit telah menerima rawatan di 11 buah hospital di Lanzhou.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular