KUALA LUMPUR – Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang sepatutnya berakhir pada Isnin ini kini diperluaskan ke tujuh lagi negeri di Semenanjung kecuali Pahang, Perlis dan Kelantan sehingga 6 Disember ini.

Twitter

Menurut Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, arahan untuk melanjutkan lagi tempoh PKPB ini dibuat setelah menyaksikan berlakunya peningkatan kes virus Parti Komunis China (virus PKC) atau COVID-19 di beberapa negeri lain seperti Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor dan Terengganu.

“PKPB ini dilaksanakan selama empat minggu bermula 9 November hingga 6 Disember ini kecuali Perlis, Pahang dan Kelantan. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah pun melaksanakan penilaian risiko dan mendapati terdapat peningkatan ketara bilangan kes positif virus PKC dan kadar kebolehjangkitan di negeri ini”.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob/Facebook

Ismail Sabri menjelaskan langkah ini diambil setelah menerima nasihat daripada pihak KKM bagi mengekang dan memutuskan rantaian pandemik virus PKC.

Justeru, orang awam masih lagi perlu mengikuti prosedur operasi standard (SOP) seperti menjaga jarak sosial, hanya dua orang dari sebuah rumah dibenarkan keluar untuk membeli barangan keperluan selain mendapatkan kebenaran untuk melakukan perjalanan rentas negeri.

PN BBC Portal

“Pergerakan keluar masuk merentas daerah dan negeri adalah tidak dibenarkan kecuali bagi kes kecemasan dan perlu mendapat kebenaran pihak PDRM”.

Jelas beliau lagi, “Bagi pekerja yang perlu merentas daerah, mereka perlu menunjukkan pas kerja atau surat kebenaran daripada majikan”.

MOH 

Semua aktiviti sosial dan budaya seperti pembukaan pusat hiburan dan kelab malam, sekolah, institusi pengajian tinggi, institut latihan kemahiran, tadika dan pusat tahfiz serta aktiviti keagamaan di masjid adalah tidak dibenarkan sama sekali.

Sehingga 7 November 2020, jumlah keseluruhan kes adalah sebanyak 39,357 dengan kes harian sebanyak 1,168. Diharap semua pihak dapat memberikan kerjasama penuh agar kita boleh melandaikan lengkung virus PKC dan menurunkan kadar kebolehjangkitan virus dalam masyarakat.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN NASIONAL

Video Popular