Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin berkenan menghadiahkan sebuah motosikal baru kepada penunggang Foodpanda, yang motosikalnya baru-baru ini telah dicuri ketika dia sedang bekerja menghantar makanan di Batu Caves, Gombak.

Dalam satu posting di Facebook Selangor Royal Office pada 6 November, Tengku Permaisuri Selangor menyatakan sumbangan peribadi diberikan atas rasa bersimpati dan bersedih dengan nasib yang menimpa pekerja penghantaran makanan Foodpanda, Nur Athirah Abdul Latiff.

Selangor Royal Office/Facebook

Tengku Permaisuri Norashikin turut menzahirkan rasa terharu apabila mengetahui bagaimana Nur Athirah telah bekerja keras demi menyara ibu dan adik-beradiknya.

“Tengku Permaisuri Norashikin berharap dengan sumbangan ini, Nur Athirah akan dapat kembali meneruskan kerja harian dengan sempurna seterusnya membantu keluarga,” kata jurucakapnya.

Nur Athirah, yang merupakan anak kedua daripada tiga beradik, tinggal bersama ibunya di Batu Caves, menggalas tugas besar sebagai pencari nafkah buat keluarga dengan menjadi pekerja penghantaran makanan untuk Foodpanda secara sepenuh masa.

Selangor Royal Office/Facebook

Sumbangan hadiah motosikal baru ini disampaikan oleh Juruiring Polis (ADC) kepada Tengku Permaisuri Selangor, Inspektor Noor Hidayu Aziz bagi pihak Permaisuri Selangor.

Baginda Tengku Permaisuri Selangor juga berharap agar masyarakat di luar sana lebih bersikap berperikemanusiaan dan bertimbang rasa di antara satu sama lain.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular