WASHINGTON – Pada malam 3 November, pengiraaan undi telah dilakukan bertempat di Pusat Konvensyen dan Pameran TCF (TCF Center), salah satu pusat pengiraan undi terbesar di Detroit, Michigan. Salah seorang sukarelawan Republikan yang hadir dalam pemeriksaan pengiraan undi mendapati daripada jumlah undi yang dikira oleh petugas rasmi ketika syif bermula jam 10 malam hingga 5 pagi sepatutnya berada dalam lingkungan jumlah rasmi 7,000 hingga 10,000 undi. 

Walau bagaimanapun, keputusan undi yang dilaporkan ketika siaran langsung keputusan jumlah terkini menunjukkan pengiraan sebanyak 50,000 undi pada malam itu.

Elaine Cromie/Getty Images

Gary Yang, seorang pengundi Republikan yang memeriksa undi pada malam itu, juga melihat dan mendengar beberapa fenomena pelik. Gary berspekulasi Parti Demokrat Michigan menggunakan undi pos dalam pilihan raya tahun ini dengan secara ‘tidak bertanggungjawab’ untuk menipu dan menjadikan Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat sebagai ‘bahan ketawa’ dunia.

Gary merupakan salah seorang ahli ‘Michigan Chinese Conservatives Alliance’ atau MICCA iaitu sebuah organisasi politik mewakili Parti Republikan bangsa Cina yang ditubuhkan pada tahun 2016. 

Pada 3 November, organisasi itu menghantar 14 orang wakil Republikan untuk melakukan tugas pengiraan undi dan pemerhati ketika syif malam yang paling sukar, iaitu bermula jam 10 malam hingga 5 pagi.

Lokasi Gary bertugas adalah di TCF Center, Detroit di mana semua kertas undi termasuk undi pos negeri Michigan telah dihantar dan dikumpul untuk pengiraan. Pertama sekali, dia mendapati petugas yang mengira di meja yang menjadi tanggungjawabnya amat mengejutkan kerana ia terlalu perlahan.

“Mereka seperti pekerja asing yang bosan. Ini adalah fenomena yang tidak normal. Mereka tidak mengira undi secara rasmi dan bermula jam 11 ​​malam, hanya 150 undi telah dikira secara rasmi,” dakwa Gary.

Gary memerhatikan meja pengiraan undi yang lain, dengan kepantasan pengiraan yang serupa. Pada tahap pengiraan yang seperti itu, terdapat lebih 130 meja pengiraan, dan dianggarkan hanya 10,000 undi yang dikira pada malam itu sehingga jam 5 pagi. Seorang wakil Republikan yang mengawasi pengimbas kertas undi di pejabat am berkata dia hanya mengira kira-kira 7,000 kertas undi.

Namun, pada pengiraan akhir yang dilaporkan secara langsung di televisyen mereka mengumumkan, “Kami telah mengira 50,000 kertas undi malam ini!”

Gary terkejut dan musykil dari mana jumlah keseluruhan 50,000 kertas undi itu berasal? Dia mengikuti perkembangan di Michigan secara langsung di televisyen. Pada ketika itu, Joe Biden mengatasi dengan kelebihan 60,000 undi di Wayne County, Detroit ketika Donald Trump sebelum ini telah mendahului dengan 300,000 undi di Michigan.

Ketika Gary pulang ke rumah kira-kira jam 6 pagi, dia membuka siaran langsung perkembangan terkini pilihan raya dan mendapati bahawa undi untuk Trump menurun dari perbezaan 300,000 menjadi puluhan ribu, sementara Biden mendahului lebih 200,000 undi di Wayne County.

Parti Demokrat menghalang pemeriksa Republikan memasuki pusat pengiraan.

SETH HERALD/AFP via Getty Images

“Apa yang menjadi lebih aneh ialah pada pagi hari ke-4, saya mendengar bahawa tiada pemerhati dan pengawas tempat pengiraan undi yang mencukupi. Jadi, saya menggerakkan beberapa sukarelawan untuk membantu, tetapi parti Demokrat menghalang wakil kami untuk memasuki pusat pengiraan undi. Dan akhirnya, kami tidak dapat memasuki dewan. Mereka menutup pintu dan tingkap dengan papan putih dan kotak piza. Alasan mereka, pada masa pandemik memerlukan penjarakan sosial, walhal hanya sedikit orang berada di dalam pusat pengiraan,” dakwa Gary.

Gary menjelaskan bahawa tempat di mana dia memeriksa kertas undi bukan di Shiawassee County, di mana jumlah undi ditambahkan satu angka sifar. Katanya, “Saya tidak fikir perkara seperti ini disebabkan oleh kekacauan kecil, ini mesti salah satu operasi yang sistematik.”

Gary mendakwa terdapat banyak bentuk penipuan dan pemalsuan berlaku di Detroit. Contohnya, nisbah pengundian yang palsu. Ini bermakna, Parti Demokrat memberi AS$27 sejam kepada pekerja untuk mengetuk pintu rakyat yang enggan keluar mengundi. Pekerja bertanya sama ada rakyat mahu keluar mengundi atau mengisi kertas undi pos.

“Sejak dari awal, tiada pautan untuk tugas pengawasan serta prosedur ketat dalam pengiraan setiap kertas undi, maka terdapat kebarangkalian pemalsuan kertas undi dan penipuan pilihanraya,” Gary berpendapat.

Terdapat ramai ‘pengundi hantu’ muncul di Michigan.

Di samping itu, didapati terdapat ramai ‘pengundi hantu’ di Michigan. Sebagai contoh, seorang lelaki bernama William Bradley yang dilahirkan pada tahun 1894 dan meninggal dunia pada tahun 1984, tetapi seorang tidak dikenali telah menggunakan identiti ini bagi pihaknya untuk hadir sebagai pengundi ketika hari mengundi pada 2 Oktober.

Gary mempunyai seorang rakan berbangsa Cina. Keluarga mereka pernah tinggal dengan pelajar antarabangsa yang bukan pemegang kad hijau atau warganegara, dan telah meninggalkan Amerika Syarikat pada tahun 2006. Walau bagaimanapun, keluarga rakan ini telah menerima hak mengundi secara pos yang mendapat pengesahan berdaftar dari Pejabat Setiausaha Negara.

Seorang lagi rakan Gary adalah warganegara Amerika Syarikat yang meninggalkan Michigan pada tahun 2005, juga diberikan hak mengundi secara undi pos menggunakan alamat kediaman lamanya di Michigan.

Kata Gary, “Berdasarkan fenomena yang mencurigakan ini, saya berpendapat Parti Demokrat telah merangka strategi dengan menyediakan sejumlah besar pemalsuan undi yang menyalahi undang-undang. Ketika mereka melihat Trump mendahului dengan 300,000 undi, mereka berasa itu masa yang sesuai untuk mengeluarkannya.”

“Mengapa mereka tidak berani membenarkan wakil Republikan memasuki pusat pengiraan undi? Ini semua mungkin salah satu usaha dan cubaan untuk menutup serta memalsukan kertas undi secara tidak bertanggungjawab. Satu pencerobohan dan kehancuran kepada sistem demokrasi,” tambah Gary.

Menurut Gary Yang, sekiranya Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat dimenangi melalui penipuan dan pemalsuan kertas undi yang seperti ini, maka ia akan terus menjadi bahan jenaka.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular