KUALA LUMPUR- Kerajaan mengumumkan bahawa lebih daripada 100,000 orang petugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia akan menerima bayaran sebanyak RM500 secara ‘one-off’.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, bayaran tersebut merupakan tanda penghargaan kerajaan terhadap jasa petugas barisan hadapan KKM. Menurut beliau lagi, kerajaan menghargai pengorbanan dan keringat petgas barisan hadapan dalam mengendalikan wabak COVID-19.

Selain itu, pemberian tersebut juga merupakan tambahan kepada Elaun Khas COVID-19 sebanyak RM600 sebulan yang diberikan sejak bulan Mac lalu.

Tambahan lagi, Belanjawan 2021 juga memperuntukkan sebanyak RM475 juta untuk pembelian reagen pengujian, alat pemeriksaan dan untuk digunakan di semua makmal KKM.

Bagi penyediaan Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) dan pembersih tangan untuk semua barisan hadapan pula, kerajaan memperuntukkan sebanyak RM318 juta.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular