KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz telah mengumumkan bahawa kerajaan merancang untuk mengenakan duti eksais sebanyak 10% ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan eletronik termasuk vape serta cecair akan menaikkan harga produk itu.

Dalam pembentangan Belanjawan 2021 di Parlimen semalam, kerajaan akan mengenakan duti eksais pada kadar 10 peratus ke atas semua jenis peranti rokok elektronik dan bukan elektronik termasuk vape berkuat kuasa 1 Januari 2021.

Menurutnya, cecair rokok elektronik juga akan dikenakan duti eksais pada kadar 40 sen per milimeter.

Sementara itu, Tengku Zafrul juga mengatakan bahawa kerajaan juga akan membekukan pengeluaran lesen import rokok baharu, mengetatkan pembaharuan lesen import rokok dan mengehadkan aktiviti penghantaran rokok kepada pelabuhan tertentu.

Berikut adalah langkah-langkah lain berkaitan rokok yang diumumkan dalam Belanjawan 2021:

1. Kerajaan akan mengenakan cukai dengan kemudahan pulang balik ke atas semua rokok import bagi tujuan penghantaran dan eksport semula,

2. Tidak membenarkan aktiviti penghantaran dan eksport semula rokok menggunakan bot kumpit,

3. Mengenakan cukai ke atas rokok dan produk tembakau di semua Pulau Bebas Cukai.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular