Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 4 November lalu ada berkongsi satu video yang cukup menyentuh jiwa.

Ia adalah satu bentuk penghargaan yang dizahirkan dalam bentuk nyanyian khas buat para petugas kesihatan barisan hadapan daripada banduan Kluster Tembok.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Seperti yang kita sedia maklum, penjara Alor Setar dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan Bersasar (PKPDB) secara pentadbiran pada 6 Oktober lalu.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Mereka difahamkan bersama-sama Pengarah penjara dan juga kakitangan mendendangkan lagu Doa Wira Negara yang asalnya dinyanyikan oleh Harry Khalifah.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Ia dinyanyikan sebaik sahaja para petugas kesihatan selesai melaksanakan tugasan menyaring dan menjalankan ujian sehingga kluster itu diisytiharkan tamat.

“Ya Allah Ya tuhanku rahmatilah mereka, wira-wira penjara yang menggadaikan nyawa”, kedengaran bait-bait lagu berkenaan.

Perkongsian itu mendapat lebih kurang 39,000 reaksi pengguna Facebook yang rata-ratanya berasa tersentuh dan sebak.

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Noor Hisham Abdullah/Facebook

Setinggi-tinggi penghargaan buat para petugas kesihatan yang bertungkus lumus dalam memastikan wabak COVID-19 ini ditangani.

Anda sememangnya wira dan wirawati kami semua!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular