Rakaman video comel dari China ini pasti akan membuat pemilik anjing peliharaan tertanya-tanya kerja apa yang dibuat anjing mereka semasa semua penghuni rumah sedang tidur.

Seekor anjing baka Labrador bernama YouYou mencuri perhatian netizen selepas tindakannya mencuri makan aiskrim dari dalam peti sejuk dan menghapuskan semua bukti selepas itu, berjaya dicekup tuannya melalui rakaman CCTV.

SCMP/Facebook

Semasa pemilik YouYou sedang tidur, dia mencuri aiskrim dari peti sejuk secara licik, memakannya sampai licin dan bahkan membuang jejak kotak aiskrim yang telah kosong itu ke dalam tong sampah.

Pemilik YouYou pada mulanya menjadi musykil ke mana pergi aiskrim yang baru dibelinya selepas mendapati pada keesokan hari bahawa aiskrim itu telah hilang dari peti sejuk. 

SCMP/Facebook

Dia kemudian meninjau rakaman kamera keselamatan CCTV kerana mahu segera mencari pelakunya.

SCMP/Facebook

Alangkah terkejutnya pemilik apabila mendapati YouYou dengan bijak mencuri aiskrim dari peti sejuk, membukanya dengan kaki dan akhirnya memakannya sampai licin.

SCMP/Facebook

Lebih mengagumkan apabila dia dengan licik dan bijaksana bertekad tidak mahu meninggalkan satu jejak pun aiskrim yang hilang itu di atas lantai, dengan membuang bungkusan itu ke dalam tong sampah serta menjilat baki dan titisan aiskrim dari permukaan lantai.

SCMP/Facebook

Video anjing pintar ini pantas menjadi sensasi di laman media sosial di China, dan ramai netizen begitu kagum melihat langkah YouYou bertindak menghapuskan bukti di lokasi ‘kejadian jenayah’.

SCMP/Facebook

“Tidak mustahil anjing ini mampu belajar bagaimana untuk menutup kamera keselamatan rumah tuannya sebelum melakukan jenayah sekali lagi pada suatu hari nanti,” komen seorang netizen.

“Jika tidak perhatikan keseluruhan video ini, saya akan beranggapan anjing baik hati sedang membantu pemiliknya membersihkan rumah,” komen seorang lagi.

SCMP/Facebook

Lihat bagaimana seekor anjing pun boleh jadi licik untuk memanipulasi tanggapan dan pemikiran kita manusia. Baguslah kamu YouYou. Lain kali jangan buat lagi selepas sudah tertangkap. Minta sahaja aiskrim itu daripada tuan kamu.

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular