WASHINGTON – Naib Presiden Amerika Syarikat Mike Pence dalam ucapan selepas Presiden Donald Trump memberikan ucapan pada malam pilihan raya 4 November di Rumah Putih dengan berkata, “Hak untuk mengundi telah menjadi teras demokrasi sejak penubuhan negara kita dan kami akan melindungi integriti setiap undi.”

George Frey/Getty Images

Mike Pence menyimpulkan, “Saya benar-benar percaya dengan sepenuh hati akan margin luar biasa, Tuan Presiden, bahawa anda telah memberi inspirasi kepada ramai orang di negeri-negeri yang disebutkan anda sebelum ini. Anda telah melancarkan kempen ‘Make America Great Again’ di seluruh negara. Saya benar-benar percaya seperti anda juga bahawa kita menuju ke jalan kemenangan, dan kita akan menjadikan Amerika kembali hebat.”

WASHINGTON, DC – NOVEMBER 04: Naib Presiden Mike Pence, Presiden A.S. Donald Trump dan Melania Trump di Bilik Timur Rumah Putih pada waktu awal pagi, 04 November 2020 di Washington, DC. (Chip Somodevilla/Getty Images)

Ketika ini, pemenang Pilihan Raya Presiden 2020 belum diumumkan secara rasmi. Persaingan sengit calon Presiden Republikan, Donald Trump dan calon Demokrat, Joe Biden kini menumpukan perhatian kepada statistik undi 3 negeri utama di Wisconsin, Michigan dan Nevada.

Pada jam 2.30 pagi 4 November, Presiden Donald Trump mengadakan sidang media pertamanya selepas pengundian ditutup.

Dalam ucapan awalnya dari Rumah Putih itu, Presiden Donald Trump berkata jika perlu, beliau akan melakukan litigasi pilihanraya di Mahkamah Agung.

Kenyataan Trump di Twitter pada pagi Rabu 4 November telah mempertikaikan terdapat penipuan undi terutama dalam pengiraan undi pos. 

“Apa semua ini?” sambil Trump menyertakan pautan dua paparan skrin, yang menunjukkan penambahan secara tiba-tiba lebih 128,000 undi di Michigan.

“Kesemuanya memilih calon Demokrat Joe Biden. Ini tidak mungkin secara statistik,” tambah Trump dalam Tweet itu. Tetapi ia kemudiannya telah dipadam oleh Twitter.

Twitter kemudian mengeluarkan satu kenyataan dalam Tweet asal Trump dengan berkata “Sebahagian atau keseluruhan kandungan yang dikongsi dalam Tweet ini dipertikaikan dan mungkin boleh mengelirukan berkenaan pilihan raya atau proses sivik yang lain.”

Sementara itu, pengurus kempen Presiden Donald Trump, Bill Stepien, mengeluarkan kenyataan bahawa undian di Wisconsin mungkin perlu dikira semula, dan kemenangan di negeri ini hanya dapat ditentukan oleh perbezaan beberapa ribu undi.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Benua Amerika GLOBAL

Video Popular