Seorang doktor dari Uttar Pradesh, India kerugian RM172,432 (AS$41,600) selepas terpedaya dengan kata-kata dua orang lelaki dan membayar wang pendahuluan untuk membeli ‘lampu Aladdin’ yang didakwa mampu memberi kekayaan, kesihatan dan nasib baik.

Doktor berkenaan membeli ‘lampu Aladdin’ tersebut setelah terpedaya dengan tawaran kekayaan dan kesihatan yang diyakinkan oleh penjual ‘lampu ajaib’ terbabit.

Menurut BBC, suspek yang merupakan dua orang lelaki mendakwa lampu yang dijual mampu mengeluarkan ‘roh’ sama seperti dalam kisah The Arabian Night dan filem Disney, Aladdin.

Paparan Skrin/NDTV

Semuanya bermula apabila doktor lelaki ini bertemu suspek ketika dia sedang merawat seorang wanita yang didakwa ibu kepada dua lelaki terbabit.

Mereka mula bercerita kepada doktor ini tentang kedatangan seorang ‘baba’ atau ‘dewa’ ke dalam rumah mereka dan cuba mempengaruhi doktor tersebut untuk mengunjungi rumah mereka dan melihat sendiri ‘baba’ yang diperkatakan melakukan ritual.

Doktor ini mendakwa ‘Aladdin’ ini pernah muncul di hadapannya sebelum menyedari bahawa kelibat itu sebenarnya adalah salah seorang suspek yang berpakaian seperti figura ikonik terbabit.

Tetapi kemudian baharu doktor ini menyedari bahawa suspek yang bertudung itu sebenarnya menyamar dengan berpakaian seperti Aladdin.

Paparan Skrin/NDTV

Mangsa dalam aduannya berkata dia sudah membayar wang pendahuluan berjumlah AS$41,600 (RM172,432) dan suspek meminta lagi bayaran tambahan berjumlah lebih AS$200,000 (RM829,600).

Kegiatan mereka terbongkar selepas doktor terbabit membuat aduan di balai polis Meerut di barat Uttar Pradesh dan dua orang suspek lelaki telah ditahan. Suspek ketiga merupakan seorang wanita yang masih diburu polis.

Sementara itu, jurucakap polis Meerut mengesahkan kedua-dua suspek juga terlibat dalam kes penipuan keluarga lain menggunakan taktik yang sama.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: Asia GLOBAL

Video Popular