Dalam keluarga, suasana pasti akan menjadi lebih ceria dan meriah di mana-mana jika ahli keluarga yang menjadi pelawak atau penghibur adalah ibu sendiri.

Baru-baru ini, tular di Twitter apabila seorang netizen dengan panggilan Timah@pettymah telah memuat naik video ibunya yang berada di hadapan sebuah premis ketika sedang mengikuti SOP mengimbas suhu di dahi dan merekod kehadiran.

Memandangkan ketika ini musim Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dan Bersyarat (PKPB), setiap premis diwajibkan menyediakan mesin termometer atau alat pengimbas suhu badan sebelum pelanggan dibenarkan memasuki premis.

@pettymah/Twitter

Oleh kerana kedai yang mereka kunjungi itu menggunakan alat pengimbas suhu badan yang lain sedikit dari yang biasa mereka gunakan, gelagat spontan ibu netizen ini ketika mengimbas suhu badan telah membuat ramai yang melihatnya turut spontan tergelak.

Sambil tunduk mengimbas suhu dengan dahinya di atas alat termometer itu, mak cik ini mengucapkan, ‘Annyeonghaseyo’ atau ‘hello’ atau ‘apa khabar’ dalam bahasa Korea.

@pettymah/Twitter

Menurut Timah, ibunya memang seorang yang kelakar dan sering menceriakan hari anak-anaknya.

Selepas video itu menjadi tular sehingga mendapat lebih 20,000 retweet dan hampir 28,000 tanda suka di Twitter, gelagat lucu ibu Timah mendapat reaksi kalangan pengguna Twitter yang rata-rata memberi komen berasa terhibur.

@pettymah/Twitter

Bila melihat mak cik ini spontan memberi ucapan dalam bahasa Korea, semua orang boleh menganggak yang dia sudah pasti boleh faham sikit-sikit dalam bahasa itu, sebab tegar menonton drama Korea hari-hari, peminat K-pop atau rancangan realiti dari Korea.

Mak cik Daebak!

Tonton video di bawah:

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular