Semua orang melalui waktu sukar pada hari ini, yang boleh dikata alami hari muram hari-hari jika masalah datang bertimpa-timpa.

Dan kucing ini yang kepalanya tersangkut di lubang pintu tidak boleh keluar sambil mengiau tidak berhenti, sudah pasti kelihatan memberi masalah kepada tuannya kerana terpaksa memanggil abang bomba dan penyelamat.

Nasib baiklah sebab kucing itu comel, sepasukan abang bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Bukit Mertajam melaksanakan misi khas mereka untuk menyelamatkan si comel nakal supaya dapat keluar dari lubang pintu dengan selamat dan jayanya.

Pada mulanya ketika tiba di lokasi kejadian, mereka mendapati kucing nakal itu cuba berusaha untuk keluar dari lubang yang hanya cukup-cukup muat untuk kepalanya.

Abang bomba berusaha menarik si comel dengan lembut dari lubang pintu itu tetapi mendapati dia terus terperangkap.

Bersama kemahiran profesional sedia ada, akhirnya abang-abang bomba berjaya memotong bahagian pintu dan mengeluarkan kepala kucing ini dari lubang itu dengan selamat tanpa sebarang kecederaan.

Secara lembut dan sabarnya, mereka dapat melepaskan kucing itu dengan terkawal disamping si comel ini pula tidak terus berasa panik.

Akhirnya kucing nakal ini berjaya dibebaskan dari lubang pintu itu.

Posting Info Roadblock JPJ / POLIS di Facebook ini telah menerima lebih dari 2,000 perkongsian serta lebih 1,600 komen netizen yang terhibur melihat keletah kucing malang itu, dan ada yang turut berkongsi pengalaman seperti itu bersama kucing kesayangan mereka.

Netizen berasa terhibur tetapi pada masa sama menzahirkan rasa penghargaan dan berterima kasih kepada abang-abang bomba ini kerana sabar menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. Akhirnya, mereka telah menyelamatkan seekor kucing nakal yang menjurus dirinya ke dalam kancah masalah.

Terima kasih abang bomba!

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria

Video Popular