Jika anda ke kedai atau warung kopi, tentu anda perasan banyak produk minuman berupa sachet yang digantung pada dinding kedai terbabit.

Banyak jenis juga sachet produk minuman yang digantung dan masing-masing mendakwa produk mereka itu cukup berkhasiat dan membawa manfaat kesihatan.

Namun sejauh mana produk tersebut memberikan manfaat kesihatan buat tubuh kita? Jangan mudah terpedaya ya.

Ini kerana, Public Health Malaysia baru-baru ini ada mendedahkan tentang satu produk kopi yang mengandungi bahan beracun berjadual jenis Sildenafil.

Bahan berkenaan difahamkan berupaya menyebabkan saluran darah mengembang dan menjadikan tekanan darah turun dengan mendadak.

Senario paling teruk sekali adalah ia mampu memberhentikan degupan jantung ekoran bekalan darah ke jantung dan otak berkurangan dengan mendadak.

Ramai individu yang meminum kopi ini mengadu pening dan sakit kepala, sehingga ada yang terpaksa dipapah keluar daripada kedai dan tidak dapat memandu pulang ke rumah.

Untuk pengetahuan anda semua, produk-produk ini sebenarnya sudah lama diharamkan di pasaran tetapi masih sahaja lagi dijual dengan mudah.

Jika anda di luar sana masih mengamalkan minuman ini, anda dinasihati untuk segera berhenti dan berjumpa doktor untuk melakukan pemeriksaan.

Bagi mengetahui produk-produk berbahaya yang turut tersenarai, anda boleh lihat di sini.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: KESIHATAN

Video Popular