Nama Malaysia telah diharumkan apabila seorang kanak-kanak cilik, Zyson Kang Zy Shun yang berusia sembilan tahun berjaya memenangi Lunar Loo Challenge kategori junior anjuran NASA.

Pencipta cilik yang hebat tersebut difahamkan telah berjaya menjadi johan dan menewaskan hampir 900 orang peserta lain daripada seluruh dunia.

Murid dari SJK (C) Pin Hwa 1, Setia Alam berkenaan berjaya mengagumkan panel juri dengan ciptaannya iaitu, “Spacesuit Lunar Toilet”.

New Straits Times

Ciptaan Zyson itu adalah bersesuaian dengan ruang angkasawan dan tidak memerlukan elektrik mahupun bateri. Ia mampu berfungsi dengan daya kinetik mekanikal.

“Ia berfungsi dengan menerapkan konsep kinetik mekanik manual dalam menghasilkan daya penyedut vakum bagi mengkristalkan air kencing dan kotoran untuk pembuangan yang selamat”.

“Apabila anda menggerakkan kaki, air kencing akan mengalir ke dalam bekas pada kasut but angkasawan”, kelas Zyson.

IDiscoveryWorld/Facebook

Tambahnya, reka bentuk ciptaannya itu yang tidak memerlukan komponen elektrik itu juga meminimumkan potensi kerosakan di ruang angkasa.

Zyson juga sempat mendemonstrasikan kaedah penggunaan tandas ciptaannya menerusi persidangan video secara langsung bersama NASA.

Jurulatih Zyson, Chong Soo Sheong dari pusat sains I-Discovery World Kuala Lumpur berkata bahawa pencapaian Zyson bukanlah sesuatu yang berlaku dalam sekelip mata.

IDiscoveryWorld/Facebook

“Dia telah bekerja keras tanpa henti selama berbulan-bulan. Malah terdapat banyak proses pembelajaran yang terlibat”.

Cabaran ini diadakan oleh NASA bermula 25 Jun lalu bagi mencari reka bentuk baru untuk tandas yang mampu berfungsi dengan baik dalam graviti mikro untuk misi bulan pada tahun 2024 kelak.

Maybe you're interested :

Share

Video Popular