Kejutan sempena hari lahir merupakan satu kenangan yang tentunya disimpan rapi dalam memori seseorang, terutamanya daripada orang tersayang.

Itulah yang berlaku kepada seorang wanita yang dikenali dengan nama Catalina Cherry di Facebook ini, di mana Catalina menerima hadiah yang cukup istimewa sempena hari lahirnya.

“Setelah empat tahun.. Mengharungi susah senang suami anggota PDRM dari gaji kecil.. Akhirnya tahun ke-4 baru dapat merasa hadiah birthday 1/11/2020..”, tulis Catalina.

Catalina Cherry/Facebook

Berdasarkan foto yang dikongsi Catalina, kita dapat lihat bahawa wanita tersebut menerima sejambak bunga yang digubah daripada wang kertas serta sebuah skuter!

Jelas Catalina, perkongsiannya itu bukanlah mahu riak tetapi lebih kepada rasa sebak dan terharu memandangkan dia tidak pernah menerima apa-apa pemberian.

“Dalam empat tahun ini dok tengok orang posting hadiah daripada suami”, tambahnya yang nyata sangat bersyukur dengan kejutan daripada suaminya ini.

Catalina Cherry/Facebook

Menurutnya, sudah lama dia teringin untuk memiliki skuter berkenaan dan akhirnya permintaannya itu ditunaikan, malah dengan kejutan lagi.

Berkat kesabaran Catalina, akhirnya dia telah menerima hadiah yang diidam-idamkan. Benarlah, tanda ingatan sebegini sudah pasti menggembirakan hati pasangan.

Pemberian sebegini adalah satu cara untuk menambahkan kemanisan dalam rumah tangga, apatah lagi dilakukan sempena hari lahir pasangan.

Namun bukan semua individu berkemampuan, bukan? Percayalah pada rezeki masing-masing ya..

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona

Video Popular