Pandemik yang melanda ini membawa banyak kesan negatif sehinggakan ramai di antara kita kehilangan punca pendapatan.

Malah sampai satu tahap, ada juga individu yang tidak bertanggungjawab sanggup mencuri barang atau benda yang dimiliki oleh orang lain. Mungkin keadaan terlalu terdesak..

Seperti seorang penghantar makanan Foodpanda yang kehilangan motosikalnya di Giant Batu Caves, Selangor baru-baru ini.

Luluh hatinya apabila mendapati bahawa satu-satunya kenderaan yang digunakannya untuk mencari rezeki telah hilang.

Menurut laporan, wanita tersebut difahamkan meletakkan motosikalnya sebelum mengambil pesanan makanan untuk dihantar kepada pelanggan.

@anthraxxxx/Twitter

Sebaik sahaja dia kembali semula ke tempat letak motosikal, dia mendapati motosikalnya jenis Yamaha 135LC sudah pun tiada.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe mengesahkan bahawa pihaknya ada menerima laporan berhubung kehilangan motosikal itu.

@anthraxxxx/Twitter

“Polis kini sedang mengesan saksi dan meneliti rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di tempat kejadian bagi mengenal pasti suspek”, jelasnya.

Siasatan lanjut berhubung kejadian tersebut sedang dilakukan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan. Sesiapa yang ada maklumat, sila tampil untuk membantu ya.

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular