Menolong orang yang dalam kesusahan merupakan satu amalan mulia dan amat digalakkan dalam semua agama.

Nilai murni seperti berkongsi rezeki dan membantu insan yang memerlukan amatlah penting bagi memastikan bukan sahaja kesejahteraan masyarakat tetapi juga dapat mengelakkan daripada berlakunya peningkatan jenayah sosial.

Baru-baru ini, penularan satu video di laman sosial TikTok mengenai dua orang adik-beradik yang kelihatan teruja apabila berpeluang bertemu dengan abang angkat mereka telah membuatkan hati warganet tersentuh.

Aqiel/TikTok

Video pendek itu telah dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok yang bernama Daniel Aqil bin Aidil Aidi atau lebih mesra dengan panggilan Aqil. Menerusi video itu, @theaqil_ telah memaparkan saat ketika dia berjumpa dengan dua orang adik angkatnya yang menuntut di Maahad As-Syatirie, Johor Bahru.

Aqiel/TikTok

Dengan memasukkan kapsyen, “long time no see my lil bro” (sudah lama tidak bertemu dengan adik-adik saya), video tersebut menunjukkan detik di mana kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berlari mengejar mendapatkan Aqil sebaik sahaja melihat abang angkat mereka datang untuk melawat.

Malah, kedua-dua kanak-kanak ini turut berlari sambil menjerit dan menyatakan rasa rindu mereka terhadap Aqil.

Aqiel/TikTok

“Abang, rindu abang!”.

Mereka saling berpelukan dan jelas kelihatan keceriaan di wajah kedua-dua mereka sebaik sahaja menemui Aqil.

@theaqil__long time no see my lil bro?❤️♬ River Flows in You – Marissa Miranda

Aqiel/TikTok

Penularan video tersebut membuatkan warganet tertanya-tanya peristiwa yang terjadi di antara ketiga-tiga mereka sehingga membuatkan kanak-kanak ini begitu rindukan Aqil.

theaqiel_/Instagram

Jelas Aqil, kedua-dua beradik yang dikenali sebagai Mustaqim dan Iman itu merupakan abang sulung daripada lapan beradik. Aqil mula mengenali kedua-duanya setelah terjumpa mereka di sebuah pusat membeli-belah. Kedua-dua beradik ini dikatakan sering berada di pusat membeli-belah berkenaan untuk meminta sedekah.

Pada awalnya, agak sukar untuk Aqil mendekati kedua-dua kanak-kanak ini dan mereka akan melarikan diri sebaik sahaja melihat ada orang tidak dikenali cuba untuk menghampiri. Lama-kelamaan, Aqil berjaya memujuk kanak-kanak ini dan dan membawanya makan serta membelikan alat permainan yang diinginkan.

theaqiel_/Instagram

Sewaktu di kedai permainan itu, si abang sempat mengambil beberapa lagi alat permainan lain untuk adik-adiknya yang berada di rumah.

theaqiel_/Instagram

Malah, si abang turut menyimpan coklat yang dibelikan oleh Aqil supaya dia dapat berkongsi bersama adik-beradiknya yang lain.

Sebaik tiba di rumah, kesemua kanak-kanak ini kelihatan amat gembira. Mereka bukan sahaja menerima permainan baharu tetapi juga pakaian cantik dan beberapa bantuan makanan seperti beras.

theaqiel_/Instagram

“Esok abang datang lagi ya,” ini ayat yang kerap kali dituturkan oleh si abang sewaktu Aqil dan rakan-rakannya mengunjungi rumah mereka.

theaqiel_/Instagram

 

View this post on Instagram

 

A post shared by ????? (@theaqil_) on

theaqiel_/Instagram

Difahamkan, Mustaqim dan Iman telah dimasukkan ke maahad tahfiz berkenaan atas bantuan yang dihulurkan oleh Ustaz Ebit Lew. Video tersebut telah berjaya menyentuh hati warganet yang rata-ratanya terharu dan terinspirasi melihat ihsan yang dilakukan oleh Aqil dan rakan-rakan.

Cara mereka melayan keluarga ini seperti keluarga sendiri membuatkan warganet berbangga dan berharap agar dapat mengikuti jejak langkah mereka untuk membantu golongan yang dalam kesusahan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Pesona VIDEO

Video Popular