Pihak berkuasa China setakat ini diketahui hanya mengeluarkan maklumat yang terhad berkaitan kes COVID-19 di negara mereka.

Penduduk di wilayah Jiangxi, Sichuan, Henan, Zhejiang, Shanghai, Hebei dan Guangdong baru-baru ini berkongsi dengan The Epoch Times menerusi wawancara mengenai keadaan cemas berhubung dengan langkah pemerintah yang mengenakan sekatan perjalanan dan juga kuarantin.

Xinjiang

Pada kawasan paling Barat di Xinjiang, pihak berkuasa mengumumkan terdapat sebanyak 116 kes baru jangkitan virus PKC pada 3 November lalu, iaitu jumlah yang lebih tinggi daripada yang disahkan sebelumnya.

Walaupun pemerintah Xinjiang mendakwa bahawa semua jangkitan baru melibatkan penduduk tempatan telah diasingkan di pusat kuarantin namun penduduk masih was-was dengan naratif pihak berkuasa.

Sebaik sahaja virus itu mula menular awal tahun lalu, wilayah berkenaan mengalami gelombang kedua pada Julai, kemudian diikuti dengan gelombang ketiga pada akhir bulan lalu.

Twitter

Di media sosial, terdapat tiga video yang ditularkan secara meluas tentang pusat kuarantin Midong, yang terletak di bandar Urumqi wilayah tersebut.

Pusat itu terdiri daripada bilik kontena kecil yang didirikan di luar rumah, dengan setiap orang terkurung di setiap bilik.

Sepanjang tempoh 14 hari kuarantin, mereka dilarang keluar daripada bilik yang dikunci oleh kakitangan daripada luar.

Setiap bilik mempunyai pintu dan dua tingkap kecil di belakang palang besi. Setiap bilik walau bagaimanapun dilengkapi dengan ruang mandi dan tandas yang ditutupi tirai.

Selain itu, katil bujang disediakan berserta dengan meja kecil dengan dua bangku plastik, cerek elektrik, penyapu dan pengelap.

Dan setiap daripada mereka dikenakan bayaran semasa berada di pusat kuarantin.

Kevin Frayer/Getty Images

Sekatan

Pada 30 Oktober, penduduk di bandar Langzhong, Sichuan mendedahkan bahawa Hotel Antarabangsa Jinyuan Zhangfei telah dikenakan sekatan, tanpa sesiapa dibenarkan keluar termasuklah mereka yang mengunjungi restoran di hotel tersebut.

Menurut staf hotel, seorang tetamu lelaki dari bandar Xiamen, Fujian telah dikesan sebagai kontak rapat dengan pesakit COVID-19 dan dia telah tinggal di hotel selama dua hari.

“Semua staf dan tetamu hotel telah menjalani ujian saringan dan kesemua kami telah adalah negatif”, jelas penyambut tetamu di hotel itu.

Tambahnya, tetamu lelaki yang merupakan kontak rapat tersebut telah dibawa oleh pihak berkuasa dan mereka kini tidak tahu mengenai keberadaannya.

Setakat ini, pegawai Sichuan masih belum mengeluarkan maklumat berkaitan jangkitan domestik yang berlaku kebelakangan ini, begitu juga dengan pegawai dari Fujian.

Sementara itu, seorang lelaki berusia 49 tahun di bandar Guixi, Jiangxi pula telah dikesan sebagai pembawa asimtomatik pada 27 Oktober lalu.

Menurut sumber, pembawa virus tersebut sebelumnya telah dijangkiti namun kemudian pulih sepenuhnya. “Dia berkemungkinan sakit semula”.

“Dia telah diasingkan oleh pihak berkuasa dan keseluruhan bangunan tempat tinggalnya juga dikenakan sekatan penuh”, kata sumber tersebut yang enggan mendedahkan identitinya.

Sekatan penuh telah menghalang penduduk di bangunan itu daripada meninggalkan kediaman masing-masing selama dua minggu. Mereka hanya membeli barangan keperluan secara dalam talian dan menerusi saluran yang dibenarkan oleh kerajaan.

Kevin Frayer/Getty Images

Pada 31 Oktober, pegawai dari bandar Bazhou, Hebei berkata bahawa mereka sedang mengesan para penumpang yang menaiki kereta api tertentu pada 23 Oktober lalu.

Ini kerana seorang penumpang telah diuji sebagai pembawa virus asimtomatik dan pihak berkuasa juga telah mendedahkan maklumat (nama dan identiti) kesemua penumpang itu.

Mereka dikenalpasti sebagai kontak rapat dengan pembawa dan diminta untuk melaporkan diri di pusat kawalan penyakit di bandar Bazhou.

Sementara pihak berkuasa di daerah Puyang, Henan pada 29 Oktober lalu telah mengesan seorang pembawa virus asimtomatik. Lokasi kediamannya itu turut disekat dan ditutup.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL Kebenaran

Video Popular