Kanak-kanak mempunyai sifat yang jujur kerana hati mereka masih lagi suci dan tidak terdedah dengan unsur luar yang negatif.

Disebabkan itulah kita digalakkan untuk memberikan didikan terbaik dan menunjukkan contoh mulia kerana mereka mempelajari sesuatu perkara menerusi apa yang mereka lihat. Jika baik contoh di hadapannya maka baik juga hasil yang akan kita nampak pada anak-anak ini. Seperti sebuah video di Facebook yang tular baru-baru ini.

Video berdurasi lebih dua minit itu menampilkan keletah seorang kanak-kanak lelaki yang sedang ‘membebel’ kerana tindakan orang ramai yang tidak mengikuti SOP dan juga tidak mengamalkan etika pemakaian pelitup muka dengan betul.

Video yang dikongsikan oleh pengguna Facebook bernama Amoi Lee ini berjaya mencuri hati ramai warganet yang terhibur mendengar celoteh kanak-kanak tersebut. Biarpun masih lagi kecil, namun kanak-kanak ini sedar akan kepentingan pemakaian pelitup muka di waktu pandemik virus Parti Komunis China (PKC) atau COVID-19 yang masih lagi melanda dunia.

Amoi Lee/Facebook

Adik kecil ini kedengaran ligat mengkritik individu khususnya kaum Hawa yang seringkali memakai topeng pelitup muka di bahagian dagu kerana takut solekan menjadi luntur dan comot disebabkan oleh topeng tersebut.

Selain wanita, golongan lelaki juga turut mendapat tempias daripada bebelan adik ini yang tidak gemar melihat ramai orang memakai topeng dengan cara yang salah.

Amoi Lee/Facebook

“Perempuan memakai topeng di dagu, takut lah tu solekannya akan luntur. Kalau memakai topeng di sini (menutup hidung dan mulut), kecantikannya tidak akan kelihatan. Begitu juga lelaki yang memakai topeng di sini (dagu), takut lah tu ketampanannya tidak dilihat oleh orang”.

“Kita sudah diajar untuk memakai topeng menutup hidung dan mulut dengan mulut kecuali ketika mahu makan, barulah topeng itu diletakkan di bahagian dagu. Kamu pilih salah satu, mahu solekan luntur dan tidak kelihatan cantik atau kamu mahu dijangkiti COVID-19”.

Amoi Lee/Facebook

Pedas sungguh komen yang dilontarkan oleh anak ini bukan? Malah, dia turut mengingatkan orang ramai untuk menjaga diri sebaik mungkin kerana kalau bukan kita, siapa lagi yang mahu menjaga kesihatan diri masing-masing?

“Tiada guna kalau kamu bawa topeng tetapi hanya menutup bahagian dagu. Masih lagi ramai yang tidak faham meskipun telah diingatkan berkali-kali”.

Amoi Lee/Facebook

Kedengaran tinggi nada suara adik ini pada penghujung video menandakan perasaan marahnya terhadap individu-individu yang enggan menggunakan topeng pelitup mulut dan hidung dengan betul.

Amoi Lee/Facebook

Semoga video ini akan memberikan pengajaran buat kita semua agar menjaga kesihatan dengan baik dan mematuhi SOP yang telah ditetapkan.

Bersama-samalah kita memerangi dan memutuskan rantaian virus PKC ini demi kesejahteraan kita semua.

*Pihak Epoch Times menggunakan istilah ‘Virus PKC’ terhadap COVID-19 ekoran penyembunyian dan salah urus oleh Parti Komunis China yang ‘membenarkan’ virus itu tersebar di seluruh China sehingga mencetuskan pandemik global.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI Ria VIDEO

Video Popular