Dalam rezeki yang kita peroleh, sebenarnya terselit juga rezeki buat orang lain khasnya golongan yang susah dan memerlukan. Oleh itu, jangan kita pernah berkira untuk berkongsi.

Sikap tidak kedekut dan sanggup berkongsi perlu ada dalam diri kita, seperti apa yang ditonjolkan oleh seorang lelaki di Sabah, Samuel Lee Wui Phung.

Video yang dirakamkan oleh Samuel baru-baru ini telah tular, di mana ia memperlihatkan satu insiden yang menyentuh jiwa berlaku di restoran KFC cawangan Likas, Sabah.

Samuel Lee Wui Phung/Facebook

Samuel berasa kasihan melihat dua beradik yang kelihatan seperti sedang berlapar dan tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk membeli makanan.

Oleh itu, Samuel kemudiannya memberikan sedikit wang kepada mereka. Namun bergenang air mata Samuel selepas melihat dua beradik itu mengira duit berkenaan.

“Dalam masa yang sama, teman wanita saya dengan membungkus makanan di KFC lalu saya memintanya untuk membelikan sekali makanan untuk mereka berdua”, kata Samuel.

Samuel Lee Wui Phung/Facebook

Kedua beradik tersebut lantas menyambut pemberian daripada teman wanita Samuel dengan reaksi wajah penuh kesyukuran.

Budak lelaki itu kemudian sempat menunjukkan isyarat tangan ‘thumbs up’ kepada Samuel sebagai tanda terima kasih atas pemberian itu.

“Bila tengok reaksi sebenar budak-budak itu membuatkan saya tergamam. Semoga Tuhan memberkati mereka. COVID-19, tolonglah pergi. Rakyat sedang menderita”, tulis Samuel.

Anda boleh saksikan video penuh di bawah ini :

Terima kasih Samuel atas keprihatinan anda. Semoga ramai di antara kita di luar sana yang turut bersedia menghulurkan bantuan pada mereka yang dilanda kesusahan hendaknya..

 

Maybe you're interested :

Share
Kategori: INSPIRASI VIDEO

Video Popular