Seorang nelayan dengan beraninya telah menangkap seekor buaya berukuran 5 meter panjang dalam keadaan yang masih hidup selepas buaya itu membaham seekor anjing sebagai habuan.

Oriental Daily

Menurut laporan oleh laman Oriental Daily, kejadian itu berlaku pada petang 31 Oktober di perairan Pulau Bangi, Kudat. 

Menurut sumber yang berlainan pula, kelibat buaya sememangnya sering ditemui di kawasan perairan berkenaan dan telah ramai penduduk kampung yang pernah diserang dan ada antaranya yang pernah dibaham oleh buaya sehingga maut.

Oriental Daily

Terdahulu, seorang lelaki warganegara Indonesia dilaporkan maut dibaham oleh buaya di Sungai Bilat, Sarawak pada 27 Oktober dan hanya sebahagian daripada tubuh badannya sahaja yang ditemui di dalam parit besar.

Berdasarkan siasatan, pasukan bomba percaya bahawa separuh lagi bahagian badan mangsa telah dibaham oleh reptilia berkenaan.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: NASIONAL

Video Popular