Kita seringkali menganggap anggota penyelamat seperti ahli bomba sebagai wira kerana tugas mereka yang berat dan memerlukan keberanian selain rasa tanggungjawab yang tinggi.

Baru-baru ini, seorang remaja perempuan berusia 18 tahun dilaporkan meninggal dunia sebagai wira setelah berjaya menyelamatkan tujuh kanak-kanak daripada lemas.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku di Empangan Clearwater, Minnesota pada 17 Ogos lalu melibatkan Raina Lynn Neeland yang membawa tujuh orang anak buahnya untuk bermandi-manda di empangan tersebut.

Ketika kejadian, mereka telah memasuki kawasan berbahaya di empangan berkenaan dan menyebabkan kesemua kanak-kanak itu hampir mati lemas.

GoFundMe

Raina yang berada di tempat kejadian terus terjun ke dalam sungai dan berjaya membawa kesemua kanak-kanak itu ke kawasan yang selamat. Walau bagaimanapun, dia tidak mampu untuk melawan arus yang deras dan terus dihanyutkan dengan serta-merta.

Menurut Sherif Darin Halverson, paras air di kawasan empangan dan sungai tersebut adalah setinggi 14 kaki dan telah beberapa kali meragut nyawa manusia. Terdapat pusaran air di dasar empangan dan kejadian inilah yang menyebabkan Raina terkorban.

Pinterest

Saksi yang berada di tempat kejadian cuba sebaik mungkin untuk memberikan bantuan pernafasan kepada Raina sementara menanti ketibaan ambulans namun apakan daya, Raina tidak lagi bernyawa setelah kira-kira 10 minit ditenggelami air sebelum berjaya ditarik ke tebing.

Menurut Halverson, kawasan empangan itu seringkali menjadi tarikan ramai untuk beriadah kerana terdapat kawasan di mana arusnya yang deras seronok dijadikan sebagai gelongsor air. Katanya lagi, ramai kanak-kanak yang membawa pelampung masing-masing dan pergi sendiri untuk mandi-manda di situ.

Sebelum kejadian berkenaan, terdapat satu lagi kejadian sama melibatkan seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun yang lemas setelah ditenggelami air yang dalam. Namun, kanak-kanak ini berjaya diselamatkan setelah salah seorang pengunjung melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut.

Mirror

Halverson turut memaklumkan bahawa sejak empangan ini dibina pada tahun 1931, tiada sebarang kehilangan nyawa dilaporkan dan ini merupakan kes yang pertama.

Justeru, pihak berkuasa telah mengadakan satu mesyuarat bagi membincangkan mengenai cadangan untuk meletakkan penghadang di sekeliling Empangan Clearwater bagi mengelakkan kejadian tidak diingini daripada terus berlaku.

Sementara itu di media sosial, orang ramai mula memberikan pujian terhadap tindakan berani Raina menyelamatkan kesemua kanak-kanak sehingga mengorbankan dirinya. Mereka turut mendoakan agar roh Raina akan kekal tenang.

Maybe you're interested :

Share
Kategori: GLOBAL

Video Popular